Najib Kongsi Gambar Syed Saddiq jadi tetamu di rumah. Sekali TMJ masuk komen

ADA pada satu saat keb3ncian yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat berada pada kemuncak yang paling tinggi

Dia pernah menyuarakan perasaan kecewa dengan tindakan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan sebagai ‘ayah’ yang mengkhi4nati asas penubuhan Bersatu apabila bekerjasama dengan kalangan klept0krat.

“Beliau seperti ayah saya sendiri dan merupakan antara sebab kenapa saya menyertai politik,” tegas Syed Saddiq.

“Beliau salah seorang yang lantang bersuara menentang klept0krat global. Beliau dipecat oleh partinya kerana membantah golongan klept0krat itu.”

Syed Saddiq meluahkan perkara itu ketika ditemu bual pengacara Mehdi Hasan dalam rancangan UpFront di saluran berita Al Jazeera Mac lalu sebaik kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Hari ini, Ahli Parlimen Muar itu hadir sendiri ke kediaman Najib dan Ahli Parlimen Pekan itu menyambutnya dan dilayan sebagai tetamu.

“Ada tetamu datang rumah hari ini. Bertukar pandangan. Bincang dan nasihat,” tulis Najib ringkas di media sosialnya.

Dan di Twitternya, Syed Saddiq dengan ringkas memberitahu, beliau bertemu dengan Najib untuk berbincang beberapa isu terutama berkaitan Belanjawan 2021 yang akan berhadapan undi belah bahagian sama ada diterima atau ditolak oleh 220 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat esok.

“Sempat bertemu DS @NajibRazak dan bincang beberapa isu dan desakan Belanjawan. Saya percaya, seperti Undi 18 kita kena duduk dan bincang bersama Ahli Parlimen yang lain untuk kepentingan rakyat. Esok undi Belanjawan 2021. Kalau sokong, komen ya, kalau tolak, komen tidak,” ciap Syed Saddiq di Twitter.

Di Facebooknya pula, bekas Menteri Belia dan Sukan itu yang turut berkongsi gambar pertemuan itu menegaskan dia sentiasa percaya kepada prinsip tidak memihak.

“Dahulu, bila berkhidmat di KBS sebagai Kerajaan, dapat bekerjasama dengan DS Najib berkenaan #Undi18 . Sejarah baru tercatat apabila x3 Pindaan Perlembagaan berjaya diluluskan & 7.8juta Pengundi Muda diangkat.

“Kini, bila di kerusi Pembangkang pula, bincangkan soal #Belanjawan2021 . Malaysia perlu membudayakan Bipartisanship,” kata Syed Saddiq.
Beliau berkata, tidak salah untuk semua pihak duduk semeja demi kepentingan negara dengan menjadikan Malaysia sebagai keutamaan.

Antara yang dibincangkan termasuk isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, pelanjutan moratorium, isu cukai durian runtuh, peruntukkan RM85 juta kepada JASA, kebajikan Mahasiswa dan lain-lain.
“Saya dan Muda percaya perbincangan dengan Ahli Dewan Rakyat dari mana-mana parti adalah sebahagian dari tugas politik. Ketepikan ego politik dan cari jalan terbaik untuk negara. Apa pandangan rakan rakan?

“Kalau mahu sokong Belanjawan, komen ya. Kalau mahu tolak, komen tidak,” kata Syed Saddiq. SM

TMJ Masuk Komen

Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah TMJ telah meniggalkan satu komen di IG milik Najib

“Cucu ular. Opportunist, muka tak boleh percaya”

Pelbagai reaksi diberikan oleh netizan. Ada yang menyokong dan tidak kurang ramai juga yang membantah

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment on "Najib Kongsi Gambar Syed Saddiq jadi tetamu di rumah. Sekali TMJ masuk komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*