
Namanya dikenali sebagai anak kepada ahli perniagaan dan jutawan kosmetik Dato Seri Vida, namun siapa sangka Cik B kini seolah-olah berdiri atas kaki sendiri.
Kini bergelar pelakon, Cik B bukan sahaja mempunyai bakat seperti ibunya dalam berniaga tetapi juga berbakat dalam bidang lakonan.
Namun bagi sesetengah orang pasti terfikir bukan mudah menjadi seseorang seperti Cik B kerana segelintir individu gemar mengaitkan penampilan Cik B dengan kemewahan yang dimiliki.
Justeru, Cik B tampil menempelak tindakan segelintir netizen yang agresif menyerangnya di media sosial termasuk memberi komen berbaur sinis yang memperlekehkan bentuk badan dan paras rupanya.
Malah, pengguna terbabit turut mengaitkan kekayaan keluarga Cik B dengan memintanya untuk menguruskan badan dan mencantikkan wajah.
Tulis pengguna berkenaan;
” Duit banyak, pergilah kuruskan badan, cantikkan muka. Itu pun nak ajar. B#doh.”
Bagaimanapun, komen individu terbabit mendaopat reaksi balas Cik B yang tampil menjawab ciapan berkenaan dengan menjelaskan dia selesa dengan tubuh badannya sekarang.
Ini jawapan Cik B
” Alahh Cik B suka muka dan badan Cik B yang sekarang,” jawabnya ringkas disusuli emoji senyum.
Kematangan Cik B itu meraih pujian netizen dan menganggap tidak perlu untuk menghakimi berdasarkan bentuk badan dan paras rupa seseorang.
” Muka dah manis dan badan kalau Cik B sihat tak da apa-apa penyakit okey, as long as Cik B happy thats good.. Dont listen or pay attention to negative talk, unless advice by professional,” tulis seorang pengguna.
” Kalau ikutkan kekayaan Cik B dgn Dato Vida ni, setakat nak kuruskan badan cantikkan muka macam si b#doh tu cakap, sebelah mata ja bro. Tapi sebab dia ada kecantikan dia sendiri, tak perlu pun dia nak buat semua tu,” tambah pengguna lain pula.
Netizen lain juga menyokong pendirian Cik B dan meminta agar tidak melayan komen sebegitu lagi.
Bagaimanapun ini bukanlah pertama kali Cik B menunjukkan kematangan dalam menjawab atau memberi reaksi kepada netizen.
Meskipun soalan atau komen diberikan mampu membuat seseorang sed1h atau tert3kan, namun tidak bagi Cik B kerana dia sangat matang menangani perkara tersebut.
Cik B dipuji sangat matang dari usia sebenar
Malah beberapa tahun lalu nama Cik B pernah mencuri perhatian ramai apabila cara dia menjawab soalan netizen yang dipuji ramai.
Tular di Twitter, Cik B memuatnaik satu instastory berkaitan pertanyaan netizen di media sosial.
” Cik B, best tak kalau jadi anak orang kaya? I tak pernah rasa, should I getting jealous?”tanya seorang netizen.
Menerusi instastory tersebut, Cik B dilihat menjawab pertanyaan seorang netizen yang ingin mengetahui bagaimana rasanya hidup sebagai orang kaya.
” Miskin atau kaya rezeki masing-masing. Kalau tak di dunia, mungkin di akhirat. Kalau kita anak orang kaya tapi keluarga tak bahagia, baik kita miskin tapi keluarga bahagia.” jawab Cik B bersahaja.
Ternyata jawapan yang diberikan Cik B tu telah membuat ramai yang tersentuh.
” Matang sungguh! Beza sangat dengan umur Cik B yang baru belasan tahun tu.” komen Aiza
” Berapa umur Cik B ni? Maturednya pemikiran dia”, tulis Atiqa pula
Rata-rata netizen agak terkejut jugaklah bila dengar kata-kata tersebut keluar dari mulut Cik B yang baru setahun jagung.
Leave a Reply