Dik3cam ‘feeling’ dan tergedik2 mahukan lelaki kacak. Ini reaksi tenang Cik B

“Tak mungkin Aniq mahukan saya, mesti dia pilih teman wanita yang cantik,” demikian pengakuan jujur anak jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B berhubung gosip yang mendakwanya menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Aniq Suhair.

Aniq, 20, dan Cik B, 15, mencuri tumpuan bergandingan sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta terbitan Zeel Production hingga menimbulkan andaian menjalin hubungan cinta.

Cik B berkata, dia sedar diri dan berpijak kepada bumi nyata pada saat dikaitkan dengan finalis Hero Remaja 2020 itu.

“Hakikatnya, tiada apa-apa yang berlaku antara kami. Saya menganggap Aniq lebih kepada rakan kerja dalam arena seni. Lagipun, kami baru bertatih dalam dunia lakonan.

“Secara kebetulan, kami menjadi pasangan kekasih dalam drama arahan Emi Suffian itu. Jadi, tak salah kami saling mengusik dalam media sosial. Hubungan tak lebih daripada seorang kawan.

“Bagaimanapun, ada yang menganggap kami menjalin hubungan serius,” katanya kepada BH Online.

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia juga mendapat kecaman apabila gosip berkenaan bertebaran.

“Jujurnya, saya sudah terbiasa berdepan dengan kecaman sejak dahulu lagi. Sebelum ini, fizikal dan warna kulit saya pernah dipersendakan. Inikan pula digosip dengan pelakon berwajah jambu seperti Aniq.

“Netizen meng3cam saya ‘feeling’ dan tergedik-gedik mahukan lelaki kacak. Malah, ada yang hina saya tak layak menerima cinta atau bercinta dengan lelaki tampan.

“Saya sedar diri ini, saya bukannya datang dengan pakej cantik. Saya tak pernah fikir soal perasaan, selama ini. Saya pernah merasakan tak perlu lelaki dalam hidup. Mama pun sudah membuktikan boleh hidup selepas dikecewakan lelaki,” katanya.

Bagaimanapun, Cik B berkata, dia masih sedar fitrah hidup memerlukan pasangan, cuma terlalu muda untuk bercinta.

Baru-baru ini hangat diperkatakan gosip mengenai anak jutawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B dikatakan sudah mempunyai kekasih, pelakon baru, Aniq Suhair mengakui hubungan mereka rapat sejak berlakon bersama.

“Cik B Seorang Yang Sweet, Baik Hati & Sopan Santun”

Menurut pelakon berusia 20 tahun yang juga pelakon Lelaki Lingkungan Cinta, dia selesa berkawan dengan Cik B kerana keikhlasan yang ditunjukkan oleh gadis berusia 15 tahun itu. Malah, Aniq menyifatkan Cik B seorang yang baik hati dan sopan santun.

“Kamu mula kenal dan berkawan sejak penggambaran drama Lelaki Lingkungan Cinta. Memandangkan kami banyak babak bersama, jadi daripada situlah kami mula berkawan rapat.

“Walaupun Cik B nampak pendiam tapi sebenarnya di set penggambaran dia suka bergurau. Contohnya dia pick up line dan saya suka berbalas pick up line dengan dia.

“Sejujurnya saya selesa berkawan dengan Cik B kerana dia seorang gadis yang sweet, baik hati, sopan santun dan mudah bergaul,” katanya.

Mengulas mengenai stataus Cik B memberitahu dia sudah berpunya dan berkongsi beberapa gambar bersama, Aniq minta peminat tidak ambil serius kerana ia hanyalah gurauan sesama teman.

“Saya harap orang luar tidak lihat perkongsian itu secara serius. Semua tahu Cik B masih lagi belajar dan saya pun baru melangkah masuk dalam industri ini.

“Posting di laman sosial itu hanya gurauan sahaja, tapi tak sangka pula ramai yang ambil serius sehingga ada yang tuduh saya bukan-bukan. Sejujurnya kami memang selalu bergurau dan berborak macam-macam topik,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*