Tempatan

Harga Emas Turun Lagi. Banyak Kedai Diserbu,Ini Pesanan Pemilik Kedai Kpd Yang Nak Datang

KOTA BHARU: Penurunan harga emas sejak minggu lalu menyebabkan kedai emas di bandar ini diserbuu orang ramai bagi mengambil peluang membeli barang kemas yang kini berada pada harga antara RM 223 hingga RM 234 per gram.

Tinjauan mendapati, kedai emas mula dipenuhi pengunjung seawal 9 pagi bagi mendapatkan koleksi emas diidamkan.

Bagaimanapun, keterujaan pengunjung untuk membeli emas menyebabkan sebahagian besar mereka mengabailkan penjarakan fizikal.

Malah, ada sebahagian kedai agak kecil, padat dengan pengunjung dan pemilik tidak mengetatkan prosedur 0perasi standard (SOP) atau meminta pengunjung masuk secara berperingkat.

Walaupun masing-masing memakai pelitup muka, mereka bagaikan terlupa bahawa kes C0VID 19 semakin menlngkat khususnya di Kelantan.

Pengunjung, Rosnani Abdul Rahman, 40, berkata dia sanggup datang dari Pasir Mas ke Kota Bharu selepas mendapat tahu harga emas di bandar ini lebih murah berbanding di Pasir Mas.

“Sebagai peminat emas, saya sudah menjangka situasi di kedai emas padat dengan pengunjung memandangkan harga emas turun sejak minggu lalu dan hari ini paling rendah.

“Memang keadaan agak padat dan saya perlu menunggu hampir 30 minit untuk melihat koleksi memandangkan premis dipenuhi orang ramai,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai emas di Pasar Siti Khadijah yang enggan dikenali, berkata disebabkan ketidakpatuhan pengunjung, kedai miliknya dikenakan k0mpaun dua kali termasuk semalam.

“Kami memang menekankan SOP supaya pengunjung masuk ke kedai secara berperingkat, namun disebabkan pengunjung terlalu ramai dan mereka gagal mematuhi SOP sehingga kami menjadi mngsa.

“Justeru, mulai hari ini, kami membuat kawalan lebih ketat dan polis kelihatan meninjau kawasan pasar bagi memastikan semua orang mematuhi SOP,” katanya.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya mengingatkan orang ramai termasuk pemilik kedai emas supaya menitikberatkan SOP memandangkan kess C0vid-19 semakin menlngkat.

Beliau berkata, sejak semalam dan hari ini, sebanyak sembilan k0mpaun dikenakan terhadap pemilik kedai emas di Kota Bharu kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.

“Kami maklum orang ramai mahu membeli emas, namun perlu memastikan pakai pelitup muka selain menjaga pnjarakan fizikal.

“Pada masa sama, saya sudah mengarahkan anggota supaya memantau lebih kerap di kedai emas dan akan mengambil tindakan sekiranya mendapati mereka gagal mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Datuk Dr Zaini Hussin, turut mengingatkan pembeli dan penjual emas supaya menitikberatkan SOP kerana kess di Kelantan semakin menlngkat.

Beliau berkata, setakat ini Kelantan sudah mempunyai tiga kluster dan pihaknya mengharapkan kerjasama semua untuk memutuskan rangkaian C0VID 19

Kenapa Emas Kelantan Murah

KLANG – Faktor upah dan pelbagai kos lain menyebabkan harga emas melambung tinggi dan berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain di Selangor.

Peniaga emas, Siti Hamimmah Mohd Amin, 40, berkata, kebanyakan perniagaan emas Bumiputera di negeri ini didominasi peniaga yang berasal dari Kelantan.

“Kebanyakan mereka mengambil emas dari Kelantan memandangkan tukang emas yang bertindak mereka dan membentuk emas beroperasi di sana.

“Kos upah membentuk barangan kemas adalah tinggi dan disebabkan itu harga barangan kemas lebih dari yang disangkakan.

“Namun begitu, harga yang dikenakan bagi setiap reka bentuk barangan kemas adalah berbeza-beza bergantung kepada saiz dan coraknya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kedai emas kakaknya, semalam.

Menurutnya, kos penghantaran dan sewa kedai turut mendorong kedudukan harga emas.

“Di Selangor, kos sewa kedai adalah tinggi…jika kedudukan kedai emas itu dalam pasar raya atau di lokasi tumpuan ramai, harga emasnya lebih mahal.

“Apatah lagi bila barang kemas itu melalui proses penjenamaan hingga ia terkenal sebagai barangan kemas ‘branded’ dan dikenali umum.

“Proses penjenamaan itu juga meliputi pelbagai kos termasuk kos periklanan di media massa dan elektronik,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengakui perbezaan antara barangan kemas berjenama dan biasa tidak banyak bezanya.

“Kualiti dan reka bentuknya hampir sama cuma syarikat yang mengeluarkan barangan kemas itu mempunyai nama yang tersohor dan dikenali ramai.

“Malah kedudukan kedainya juga di lokasi tumpuan ramai serta mempunyai banyak cawangan di seluruh negeri,” katanya.

Dalam pada itu, peniaga, Ruzaini Mohd Amin, 46, berkata, setiap negeri mempunyai persatuan masing-masing dan di negeri ini persatuan meletakkan harga emas 916 ialah RM170 bagi setiap satu gram.

“Terdapat segelintir peniaga meletakkan harga lebih murah daripada harga berkenaan.

“Jadi di situ berlaku perbezaan harga antara satu kedai dengan kedai yang lain…namun begitu pembeli harus bijak dengan menilai kualiti barangan kemas yang dibeli.

“Memang harganya murah namun adakah kualitinya sama dengan kedai emas lain?,” soalnya.

Katanya lagi, dalam kebanyakan emas di negara ini, emas dari Kelantan disifatkan terbaik dari segi kualitinya.

“Emas 999 yang digelar emas 10 (24 karat) disifatkan emas terbaik di sana namun begitu di sini emas 916 (22 karat) paling popular dan mendapat tempat.

“Jangan mudah tertipu bila membeli emas menerusi promosi yang tidak masuk akal.

“Emas mahal harganya…jika diskaun yang diberi terlalu banyak…itu bermaksud kualiti emas itu tidak setanding dengan emas yang sebenarnya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *