Artis Tempatan

Dulu Diketawakan, Kini Zoey Dah Jadi Jutawan, Mampu Hadiah Rumah Buat Ibu

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman mengakui digelakkan rakan sekeliling ketika mahu menjalankan perniagaan kosmetik.

Zoey, 35, berkata, mereka juga memperkecil dan mempersoalkan sama ada berniaga kosmetik ini boleh menjadi kaya atau tidak.

“Saya mula buat bisnes Mika Series pada 2017. Banyak halangan dan dugaan saya tempuhi.

“Mulanya kawan-kawan gelakan saya. Betulkah saya nak buat bisnes kosmetik ini. Sebab kebiasaannya dunia kosmetik untuk golongan wanita saja. Mereka siap cakap takkan saya nak pakai mekap untuk buat promosi.

“Malah ada persoal adakah boleh kaya buat kosmetik ini. Biasanya kosmetik ini kaya sekejap saja. Selepas dua sehingga lima tahun mesti akan jatuh. Baru-baru ini ada lagi bertanya, adakah betul saya nak jual produk di Watsons. Adakah Watsons terima produk tempatan macam saya punya? Mampukah produk Melayu bersaing dengan jenama antarabangsa lain? Apatah lagi dengan musim pandemic Covid-19. Kemudian mereka senyum sinis seolah-olah memperlekehkan semangat saya,” katanya.

Namun, Zoey berkata dia sentiasa percaya pada rezeki Allah SWT.

“Saya yakin rezeki Allah ada di mana saja. Selagi kita usaha dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang ada, saya percaya kalau kita ikhlas dan berikan yang terbaik untuk pelanggan dari segi kualiti dan perkhidmatan, saya yakin pelanggan akan cari kita. Percayalah!

“Untuk berjaya, kita harus ‘pekakkan’ telinga dengan kata-kata cacian dan ‘butakan’ mata dengan halangan di hadapan. Dari mana kita berasal itu tidak penting, apa yang penting ke mana langkah kita seterusnya untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Sebelum ini, Zoey Rahman menghadiahkan sebuah kondominium bernilai kira-kira RM500,000 kepada ibu bapa bagi membalas jasa mereka.

Zoey berkata hartanah di Cheras itu adalah hasil keuntungan daripada perniagaan yang diusahakan sejak lima tahun lalu.

“Hadiah ini adalah bagi membalas jasa ibu bapa yang selama ini sentiasa memberi semangat dan menjadi pendengar setia apabila saya berdepan masalah.

“Mereka sering mengingatkan agar menjaga solat. Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa, saya berjaya di dalam perniagaan.

“Mereka berdoa siang dan malam dan saya percaya kuasa doa mereka amat luar biasa,” katanya.

“Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah @mikaseries

“Syukur pd Allah. Berkat bg duit pada mak ayah walaupun sedikit, rezeki memang tak disangka & jadi berganda-ganda. selagi mereka masih hidup, Membahagian orang tua, adalah moment Yang tak dapat kita lupa sampai akhir ayat. Percayalah kita akan dapat kepuasan dan ketenangan yg tidak dapat digambarkan.

“Kepada yang membaca ini,

“Sy doakan agar kehidupan awk akan lebih bahagia dan dimurahkan selepas ini. Amin.

Zoey yang juga pengasas produk Mikaseries mengumumkan hadiah kediaman itu kepada ibu, Azizah Ibrahim, 63, dan bapa, Abdul Rahman Ngah, 77, pada majlis pelancaran produk Mikaseries For Superstar di sini, semalam.

Zoey bersyukur perniagaannya berkembang baik.

“Semua yang saya usahakan hari ini adalah permulaan dari bawah, di mana saya mengumpul duit sendiri tanpa meminjam.

“Saya guna duit hasil lakonan dan mengacara. Terima kasih kepada semua pihak yang percaya dan membantu saya sejak awal Mikaseries beroperasi hingga sekarang. Doakan Mikaseries terus berkembang maju dan berdaya saing,” katanya.

Zoey mengakui fokus dalam bidang perniagaan membuatkan dia kurang berlakon. Namun, Zoey menafikan dirinya sudah berhenti berlakon.

“Saya masih lagi berlakon, cuma antara dua hingga tiga tahun ini saya agak kurang aktif sebab fokus dengan bisnes.

“Ramai yang menyangka saya sudah berhenti berlakon… Tidak betul. Sesiapa yang hendak panggil (beri tawaran berlakon), boleh berbuat demikian,” katanya.

Datuk A.Aida Kongsi Foto Bersama Zoey Rahman, Peminat Kata Sepadan Sangat

Baru-baru ini, pengarah dan penerbit terkenal Datuk A.Aida ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya.

Menerusi foto tersebut, Aida turut berkongsi foto bersama pelakon dan hos, Zoey Rahman.

Difahamkan, Aida sememangnya sedia menjalin hubungan yang baik bersama Zoey serta beberapa rakan artis lainnya.

Malah mereka sebelum ini turut isi masa dengan melakukan aktiviti gim bersama-sama.

“nak tuuuu @zoeyrahman minuman kecantikkan @perfect10hq make-up @mikaseries #mylifeiscomplete #gym-wajib,” tulisnya.

Melihat diruangan komen gambar tersebut, rata-rata peminat memberi reaksi produser itu ibaratnya sangat secocok dan sepadan jika digandingkan bersama Zoey.

Terdahulu, Aida pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ariff Aziz pada 21 Julai 2018 namun telah bercerai pada 25 April lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : HMetro, BHOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *