Lelaki Ini Berjaya Nikah Gadis Cantik Umur 28 Tahun. Jumlah ‘Modal’ Yang Lelaki Ini Pakai Untuk Pikat Gadis Itu Didedahkan

CINTA mampu mengubah sesuatu yang mustahil menjadi nyata, sesuatu yang bertentangan jadi satu kata dan demi cinta juga, seseorang itu rela mengorbankan sesuatu yang penting dalam hidupnya.

Baik lelaki mahupun wanita, mereka menggunakan cara yang berbeza-beza dalam menunjukkan perasaan cinta antara satu sama lain.

Perempuan lebih menzahirkan perasaan, lelaki pula lebih menyimpan dan tidak terlalu menunjuk rasa sayang.

Namun, jika seseorang lelaki itu sanggup menunjukkan rasa sayang terhadap wanita dengan sanggup berkorban apa sahaja, maka itu tanda sayang sebenar.

Perkara itu dibuktikan oleh seorang lelaki seperti apa yang berlaku di negara jiran, Indonesia, yang mana demi mendapatkan cinta wanita idaman hati, dia dilihat sanggup memberikan hantaran mewah berupa wang tunai sebanyak 300.78 juta rupiah (RM87,000).

Demi Cinta, lelaki ini belanja hantaran RM87,000 dan hadiah mewah bernilai RM870,000

Tidak cukup dengan itu lelaki tersebut yang juga merupakan seorang ahli perniagaan turut menghadiahkan sebuah rumah mewah dan set berlian bernilai tiga bilion rupiah (RM870,000) sebagai hantaran.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Ajis Kalla yang lebih dikenali sebagai Haji Ambo, 45, yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Makassar, Indonesia telah melamar kekasih hatinya, Nadia Margareza, 28, pada Isnin lalu di Dusun Kambisa, Desa Baku-Baku, Luwu Utara.

Kisah mereka kini tular di laman sosial dan menjadi buah mulut masyarakat Indonesia selepas beberapa foto majlis peminangan mereka mula tersebar.

Memetik portal Indonesia, Liputan6.com, Nadia merupakan seorang pengusaha butik yang terletak di daerah Sulawesi Selatan Indonesia.

Bahkan, Nadia juga pernah menjadi finalis Puteri Indonesia 2013 mewakili Sulawesi Selatan.

Pasangan berkenaan dikatakan sudah lama menjalinkan hubungan dan membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan selepas mendapat persetujuan ibu bapa Nadia.

Demi Cinta, lelaki ini belanja hantaran RM87,000 dan hadiah mewah bernilai RM870,000

Mereka dikatakan telah menjalin hubungan sejak setahun yang lalu dan merancang untuk mengadakan majlis pernikahan pada 17 Disember nanti.

Sumber : Utusan Online

Be the first to comment on "Lelaki Ini Berjaya Nikah Gadis Cantik Umur 28 Tahun. Jumlah ‘Modal’ Yang Lelaki Ini Pakai Untuk Pikat Gadis Itu Didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*