Dua hari ‘senyap’, ini perkembangan terkini ketukan misteri penduduk

SABAK BERNAM – Gangguan bunyi ketukan tanpa salam di Taman Air Manis di sini sudah reda dua hari sebelum ini tetapi gangguan sama kembali menghantui penduduk sejak malam kelmarin.

Seorang penduduk, Siti Noraini Ngah, 26, mendakwa, dia terdengar bunyi ketukan misteri sebanyak tiga kali ketika sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya bersama seorang anak berusia tujuh tahun.

Menurutnya, kejadian ketukan pintu dapur rumahnya pada jam 12.53 pagi kelmarin itu berlaku sewaktu suaminya, Abd Halil Yatimi, 40, bersama anak bongsunya berusia tujuh bulan sedang tidur di dalam bilik.

“Saya dengar pintu dapur rumah diketuk tiga kali dan ketika itu saya hanya mendiamkan diri sahaja.

“Kemudian dalam beberapa saat, sekali lagi terdengar bunyi ketukan di tempat sama sebelum saya ke dapur mengintai di celah tingkap,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Siti Noraini berkata, dia tidak nampak kelibat atau bayang seseorang dan kemudian terus ke bilik mengejutkan suaminya memaklumkan kejadian itu.

“Seram juga apabila kejadian ini menimpa saya, sebab sebelum ini rumah mentua di Parit 13 Sungai Panjang pernah diganggu bunyi misteri itu seminggu lalu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Taman Air Manis, Zulkifli Ijoh berkata, kejadian terbaru berlaku di taman itu pada jam 10.44 malam semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku berhampiran pusat kawalan Rondaan Sukarela Cegah J3nayah (RSCJ) Taman Air Manis.

Siti Noraini bersama suaminya (kanan) menunjukkan pintu dapur rumahnya diketuk semasa lawatan Zulkifli (kiri) ke rumahnya hari ini.

“Kami dimaklumkan pengadu dan keluarganya mendengar ketukan sebanyak tiga kali di depan pintu rumah,” katanya.

Zulkifli berkata, sehingga kini, sebanyak 11 kes ketukan pintu dilaporkan di Taman Air Manis sejak mula tular lapan hari lalu.

Katanya, pelbagai maklum balas diterima sepanjang kejadian tular itu hingga ada dalam kalangan mereka tidak lena tidur pada waktu malam.

“Saya juga dapat maklumat ada ibu yang sarat mengandung terpaksa tunggu suami pulang ke rumah pada waktu malam di stesen minyak kerana ketakutan.

“Saya rasa tersentuh dengan hal sebegini dan berharap ia segera berakhir bagi menenteramkan penduduk semula,” katanya.

Selain itu, katanya, pihaknya berterima kasih kepada pasukan polis yang sentiasa melakukan rondaan dan memberikan kerjasama berterusan kepada penduduk setempat.

Dalam pada itu, seorang penduduk, Shafie Hassan, 67, berkata, kejadian ketukan pintu rumahnya di PPRT Tebuk Pulai didengari isterinya, Siti Zabedah Fazaldin, 52, ketika sedang menggoreng ayam di dapur.

Katanya, kejadian ketukan misteri di pintu depan rumahnya itu berlaku pada jam 1.30 pagi tadi.

“Isteri memaklumkan dia mendengar bunyi ketukan tetapi apabila melihat di tingkap tiada kelibat ditemui.

“Menjadi kebiasaan isteri tidur lewat kerana menyediakan bahan-bahan masakan untuk berniaga keesokannya,” katanya.

Ahli paranomal buat ‘Live’ rungkai ketukan mist3ri, sekali Polis panggil untuk beri keterangan

SABAK BERNAM – Polis sudah memanggil beberapa mngsa yang mendakwa diganggu dengan bunyi ketukan mist-eri bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian yang tular di beberapa kampung dan taman perumahan di daerah ini sejak tujuh hari lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, penduduk termasuk ahli paranomal yang membuat rakaman secara ‘Live’ telah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Bagaimanapun, katanya, tidak semua mngsa ketukan pintu mist-eri dapat hadir ke balai polis bagi memberikan keterangan.

“Bagi mngsa yang tidak dapat memberikan keterangan di balai, kami (polis) pergi ke rumah mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Agus Salim memaklumkan sehingga kini pihaknya hanya menerima satu sahaja laporan polis yang dibuat pemimpin peringkat kampung berhubung gangguan ketukan misteri itu.

“Kita menerima satu aduan yang dibuat pada 22 November lalu yang mendakwa rumahnya diganggu sebanyak dua kali termasuk 24 rumah penduduk di kampung terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, polis juga turut meningkatkan rondaan di beberapa kawasan kampung dan taman perumahan terlibat.

“Kita juga meminta kerjasama semua penduduk agar membuat rondaan di kawasan masing-masing bagi menangani isu ini,” katanya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak menokok tambah atau menyebarkan perkara yang boleh menimbulkan ket4kutan kepada masyarakat.

“Polis bimbang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas isu ini. Jika ada maklumat, salurkan segera kepada pihak polis,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba men4kut-n4kutkan penduduk berikutan kejadian tular ketukan pintu yang mengg4nggu penduduk beberapa kampung di daerah ini pada waktu malam.

Agus Salim menegaskan, pesalah yang melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan kerana mengundang ketakutan dan kegu-saran kepada orang awam.

Wanita dakwa misteri ketuk pintu dah sampai Port Dickson

PORT DICKSON – Misteri ketukan pintu tanpa salam yang menghantui penduduk di beberapa kampung di Kuala Selangor kini didakwa sudah sampai ke Port Dickson (PD).

Insid3n itu dikongsi oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘SN Zahidah’ di kumpulan Facebook Kami Suri Rumah semalam.

Menurutnya, dia mendakwa diganggu dua hari lalu pada jam 2.30 pagi dengan bunyi ketukan pintu sebanyak tiga kali.

“Saya baru kena dua hari lepas dalam jam 2.30 pagi, tiga kali ketuk serentak. Sekali ketuk lepas beberapa saat tiga kali tu… jujur cakap ni, waktu itu memang belum tidur lagi layan perasaan main ‘game candy crush’.

“Saya sampai keluar bilik pusing satu rumah atas bawah ‘check’. Tengok anak-anak semua tidur nyenyak. Cumanya saya tak jenguk keluar tingkaplah,” tulisnya.

Bagaimanapun jelasnya, dia tidak berasa apa-apa dengan insiden itu dan menganggapnya sebagai permainan syaitan, jin dan iblis.

Katanya, berkemungkinan disebabkan terlalu memikirkan kes yang berlaku di Kuala Selangor sehingga menganggu fikirannya.

“Sebab minggu ini galak viral pasal benda ini, jadi kita pun yang baca terfikir-fikir, mainan minda dan emosi. Maka datanglah syaitan ini ambil kesempatan.

Misteri ketukan pintu terus hantui penduduk Sabak Bernam

Misteri ketukan pintu: Tidak seharusnya jadi perkara yang menakutkan

‘Dengar bunyi ketukan tapi tiada pelaku dalam CCTV’

“Bukan kata satu hantu yang sama itu saja pusing satu Malaysia, dah hantu sekeliling kita pun banyak, diaorang pun ikut trend viral… main ketuk-ketuk pintu takutkan penduduk Malaysia,” katanya.

Mengakhiri hantarannya, dia turut memberitahu tinggal di Port Dickson dan tidak menyangka insiden itu sampai di daerah ini.

Perkongsian wanita itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang meninggalkan sebanyak 340 komen dan turut dikongsi sehingga 135 orang.

Ramai yang menyatakan rasa takut dan bimbang diganggu dan tidak kurang juga meninggalkan komen lucu antaranya, Noor Shida Ridzuan yang berkata “Siyes arr (serius lah) dah sampai PD jalan ‘eh’… Boleh ‘eh’ hantu-hantu tu rentas negeri time PKPB ni. Alahai, awak kat Somban je ha.. Dokek dah tu”.

Aydaa Azizan pula berkata, “eh, eh dapat surat pelepasan pula dia… dah lah dapat ke sana sini kacau orang pula main ketuk-ketuk. Suruh dia dok dendiam (diam-diam) main candy crush tu haa..”

Cik Zitta berkata, “boleh pula dia rentas negeri sampai ke PD. Roadblok banyak tu”.

Sementara itu SN Zahidah menjawab soalan netizen memberitahu kejadian itu berlaku di tempat tinggalnya di PD Utama.

Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian di kawasan perumahan itu mendapati tiada yang mendengar insiden berkenaan berlaku setakat ini.

Be the first to comment on "Dua hari ‘senyap’, ini perkembangan terkini ketukan misteri penduduk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*