Ramai seronok serbu kedai emas, sekali pemilik kedai emas dan pelanggan dapat ‘hadiah’

KOTA BHARU – Polis mengeluarkan sembilan k0mpaun terhadap pemilik kedai emas dan pelanggan mereka di sekitar Kota Bharu kerana g4gal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam membendung pen-ularan C0vid-19.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Polis Shafien Mamat berkata, kompaun itu dikeluarkan semalam dan hari ini kepada pemilik kedai emas dan pelanggan mereka kerana kebanyakannya tidak mengamalkan penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka semasa berada di dalam premis.

“Pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan ke atas premis-premis niaga dan mengeluarkan saman serta kompaun ke atas mana-mana pihak yang dilihat tidak mengamalkan SOP yang ditetapkan.

“Langkah tegas ini adalah sebagai membendung penularan Covid-19 di dalam negeri,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada 20 November lepas, Menteri kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pelaksanaan PKPB di Kelantan sehingga 6 Disember depan selepas penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati terdapat peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di beberapa daerah dan mukim di Kelantan.

Beberapa media hari ini melaporkan banyak kedai emas sekitar sini dikunjungi ramai susulan penurunan harga emas sejak minggu lepas, kebanyakannya tidak mematuhi SOP. – Bernama

Penurunan harga emas sejak minggu lalu menyebabkan kedai emas di bandar ini diserbuu orang ramai bagi mengambil peluang membeli barang kemas yang kini berada pada harga antara RM 223 hingga RM 234 per gram.

Tinjauan mendapati, kedai emas mula dipenuhi pengunjung seawal 9 pagi bagi mendapatkan koleksi emas diidamkan.

Bagaimanapun, keterujaan pengunjung untuk membeli emas menyebabkan sebahagian besar mereka mengabailkan penjarakan fizikal.

Malah, ada sebahagian kedai agak kecil, padat dengan pengunjung dan pemilik tidak mengetatkan prosedur 0perasi standard (SOP) atau meminta pengunjung masuk secara berperingkat.

Walaupun masing-masing memakai pelitup muka, mereka bagaikan terlupa bahawa kes C0VID 19 semakin menlngkat khususnya di Kelantan.

Pengunjung, Rosnani Abdul Rahman, 40, berkata dia sanggup datang dari Pasir Mas ke Kota Bharu selepas mendapat tahu harga emas di bandar ini lebih murah berbanding di Pasir Mas.

“Sebagai peminat emas, saya sudah menjangka situasi di kedai emas padat dengan pengunjung memandangkan harga emas turun sejak minggu lalu dan hari ini paling rendah.

“Memang keadaan agak padat dan saya perlu menunggu hampir 30 minit untuk melihat koleksi memandangkan premis dipenuhi orang ramai,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai emas di Pasar Siti Khadijah yang enggan dikenali, berkata disebabkan ketidakpatuhan pengunjung, kedai miliknya dikenakan k0mpaun dua kali termasuk semalam.

“Kami memang menekankan SOP supaya pengunjung masuk ke kedai secara berperingkat, namun disebabkan pengunjung terlalu ramai dan mereka gagal mematuhi SOP sehingga kami menjadi mngsa.

“Justeru, mulai hari ini, kami membuat kawalan lebih ketat dan polis kelihatan meninjau kawasan pasar bagi memastikan semua orang mematuhi SOP,” katanya.

Be the first to comment on "Ramai seronok serbu kedai emas, sekali pemilik kedai emas dan pelanggan dapat ‘hadiah’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*