“Diarah ‘p0tong usvs’ agar ubat langsing terjual”. Dato Aliff tampil memberi penjelasan

Selepas selesai menjalani pemb3dahan, segala urusan pemeriksaan susulan juga dilakukan sendiri tanpa diberikan wang pembiayaan.

SEORANG gadis yang mengalami mas4lah berat ba’4dan hampir 300 kilogram berharap masalahnya itu selesai selepas menjadi duta produk ub4t kurus usahawan kosmetik terkenal namun hampa belaka.

Ia selepas usahawan itu hanya menabur janji manis selain menyediakan kontrak perjanjian berat sebelah.

Justeru, gadis malang itu, Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Wani Comel, 23, terpaksa bertindak menuntut pampasan sebagai g4nti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan.

Menceritakan lebih terperinci, Wani berkata pada Ogos tahun lalu dia usahawan berkenaan tampil menawarkan pembiayaan bagi menjalani pembedahan bariatrik (p0tong us-us) serta mengikatnya sebagai duta produk pelansingan badan.

“Selepas menjalani pembedahan di salah sebuah pusat peru-batan di Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2019, saya telah didatangi wakil usahawan tersebut untuk menandatangani kontrak.

Wani berasa sebak mendedahkan peng4niayaan dan pel4nggaran kontrak seorang jutawan kosmetik popular terhadap dirinya.

“Saya tidak diberitahu dengan jelas tentang kandungan kontrak tersebut, ” katanya kepada mStar.

Akui Wani dia menyedari kesil4pannya menandatangani kontrak berkenaan tanpa mengetahui kandungannya.

Namun janji tinggal janji, apabila selepas pembedahan segala urusan pemeriksaan susulan dilakukan sendiri tanpa b4ntuan usahawan berkenaan.

Malah ujarnya semua rekod kesih4tan disimpan oleh usahawan tersebut dan dia tidak mengetahui status dan tindakan lanjut berkaitan kesihatannya.

“Saya memikirkan soal keluarga kerana pihak usahawan tersebut berjanji akan membantu saya daripada segi rumah, kereta dan belanja harian.

“Namun saya tidak menerima sebarang b4ntuan seperti yang dijanjikan.

“Lebih menyedihkan apabila saya cuma menerima bayaran kurang daripada RM1,000 selepas menghasilkan content tentang produk pel4ngsingan badan, ” kata gadis kelahiran Jerantut, Pahang ini.

Dalam pada itu, Wani turut memberitahu bahawa dia terpaksa membuat laporan polis untuk menjamin keselamatan diri selepas diugut wakil usahawan tersebut.

“Saya dimarahi hanya kerana menerima bantuan daripada pihak lain. Saya mengalami kemurungan disebabkan perkara tersebut selain turut dikecam dan dicaci netizen dengan tuduhan tidak berasas.

“Ada yang mengg3lar saya sebagai tidak kenang budi, pem4las dan hanya mengharapkan bantuan semata-mata, ” katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Wani iaitu Haziq Aizuddin Subhi menyatakan pihaknya telah meneliti kandungan kontrak perjanjian tersebut dan mendapati ia hanya memberi kelebihan kepada pihak syarikat pengeluar produk itu sahaja.

“Kita sudah menyerahkan surat tuntutan kepada pihak usahawan kosmetik itu untuk menyelesaikan segala tuntutan yang dibuat dalam masa tujuh hari menerusi perbincangan kedua-dua pihak.

“Sekiranya tiada sebarang respons, kami tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah sebagai jalan terakhir,” katanya.

Dalam pada itu Dato Aliff tampil memberi penjelasan

Saya dah lama bgtau dalam facebook saya yg saya buat bariatic pada @wani.chomel atas nasihat Dr……saya siap post pada tarikh 19 ogos 2019…. (doctor tu pun posting)
Saya sertakan screenshot dari google dan gambar @wani.chomel di hospital…….Benda dah lama kenapa la baru nak cerita….ketinggalan ke awak…lain kali nak kenakan orang research habis2 ok…jangan separuh jalan….
Ni saya cerita sikit je tau..nak tau details semua voice dan agg kita tunggu isnin ni dan apa tindakan yg bakal saya ambil kepada mereka yg x habis2 ambil kesempatan utk menjatuhkan saya…..penatlah layan orang2 ni…saya nak niaga tau….saya tak kacau orang…
Kepada wani terima kasih byk2…..awak nak saman saya ? Kerjalah adik wani sayang oii..dah boleh jalan carilah rezeki…orang lain kerja siang malam pagi petang dik cari rezeki utk keluarga,awak nak harap duit bantuan sampai bila???
Sepanjang rawatan,kos semua saya tanggung,bayar coach theraphy kaki ….makan,tempat tinggal semua saya yg tanggung… seposen pun x minta duit awak adik wani…jadi jangan menagguk di air yg keruh…. (kita lihat siapa yg kena saman dan rasa yee korang tau kot siapa cucuk si @wani.chomel ni kann.. korang rasa siapa??

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment on "“Diarah ‘p0tong usvs’ agar ubat langsing terjual”. Dato Aliff tampil memberi penjelasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*