Mistik

“Mak, maafkan Aboy” – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Di Bahagian Bdh Siasat Selama 10 Tahun

MENDENGAR perkataan bilik may4t sahaja sudah cukup membuatkan bulu roma seseorang meremang.

Apatah lagi bagi mereka yang berpengalaman masuk atau bertugas sendiri di situ.

Menerusi satu posting di Facebook, seorang pelayar berkongsi pengalaman yang dialami oleh bapanya yang bertugas di sebuah hospital selama 40 tahun.

“Dalam bertahun-tahun bekerja, ayah pernah ditempatkan di unit kecemasan dan pernah juga menjadi tenaga pengajar di sekolah latihan kesihatan.

“Sepuluh tahun terakhir sebelum bersara, ayah mohon untuk ditugaskan ke dalam unit post-mortem. Bila cakap pasal post-mortem ni sudah tentulah melibatkan orang yang dah mati.

“Aku masih ingat hari pertama ayah bekerja dengan rumah may4t. Bau may4t punyalah kuat sampai arwah mak tak bagi ayah masuk rumah.

“Kena mandi air limau nipis ke air lemon apa tah baru hilang bau tu. Itu pun baju seluar semua kena bakar takut ada badi may4t,” tulis pelayar berkenaan.

Pengalaman berdepan dengan may4t yang mengalami ‘rigor mortis’ antara situasi yang mendebarkan pernah dialami bapa kepada pelayar berkenaan.

Menurutnya, sepanjang dua tahun pertama bapanya bekerja di rumah may4t, semuanya berjalan dengan lancar namun memasuki tahun ketiga, beberapa kejadian aneh mula berlaku.

“Mungkin ada yang familiar dengan term rigor mortis, di mana anggota badan may4t mengejang lepas beberapa jam. Well, malam tu masa tengah potong sana, potong sini tiba-tiba tangan may4t tu pegang pergelangan tangan assistant ayah. Punyalah kuat may4t tu genggam sampai menjerit pembantu ayah.

“Ayah cuba tolong leraikan genggaman tu tapi tak boleh. Macam dah locked. Cuba cungkil pun tak boleh juga. Nak tak nak, terpaksalah potong jari-jemari.

“Rigor mortis ni ikut kefahaman ayah, may4t just stiff je tapi kenapa pula bila ayah pusing bilik may4t tu, mata kepala may4t tu ikut sekali. Ini bukan rigor mortis ni. Ayah laungkan azan berselang Al-Fatihah tiga kali.

“Sentap punya sentap barulah lepas tangan. Apa lagi berlarilah dua orang tu keluar bilik may4t. Masa masuk semula, may4t tu dah tak ada atas tempat bedah tu. Bila pusing baru nampak sekujur tubuh terbaring betul-betul sebelah tempat dia baring tadi,” ceritanya.

Kejadian di mana seorang jururawat diserang histeria dan mendakwa melihat pocong selepas menguruskan may4t seorang warga asing turut tidak dapat dilupakan.

Belum lagi kisah apabila seorang jururawat diserang histeria selepas menguruskan may4t seorang warganegara asing yang meninggal dunia kerana penyakit demam denggi berdarah.

“Orang cuba tenangkan, baca surah-surah apa yang patut. Ada la kawan ayah sorang ni, staf hospital tu juga yang tinggi ilmu agamanya. Kawan ayah ni tanya ‘Cuba bagitau, nampak apa?’

“Tuuuu ada hantu! Ada pocong’, kata nurse yang menangis sambil ketakutan sambil jari menunjuk ke arah ayah. Kata ayah, bulu tengkuk punyalah meremang, macam nak terapung rasanya.

“Kawan ayah perlahan-lahan pergi belakang ayah dan menerkam. Kata ayah dia rasa belakangnya macam disepak. Tak tahulah siapa yang sepak, tapi memang terpelanting dia ke depan.

“Bila dia putar je badan nampak kawan ayah tengah genggam rambut makhluk yang panjang hitam tengah tercangkung. Agaknya the whole scene was too much untuk ayah aku, dia pengsan,” ceritanya.

Lepas uruskan pengembalian m4yat hukum gantung kepada waris, ayah tak buat lagi dah tugasan orang hukum gantung. Serik.

PELAYAR FACEBOOK

Insiden yang paling tidak dapat dilupakan oleh bapanya adalah ketika menguruskan may4t seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Selain keadaan wajah m4yat yang mengerikan, ada satu insiden yang membuatkan bulu roma semua petugas di bilik may4t ketika itu meremang.

“Bila dah selesai, may4t disimpan dalam peti sejuk sementara menunggu tuntutan waris. Pejabat urusan bilik may4t betul-betul sebelah tempat simpanan may4t.

“Masa tengah masukkan report semua, tiba-tiba terdengar suara orang menangis dari sebalik dinding. Dalam pejabat ada tiga orang termasuk ayah. Mula-mula masing-masing buat tak tahu tapi bila dah berpanjangan, semua tak boleh buat tak endah.

“Pemandu ambulans pandang ayah. ‘Din ko tak payah cakap apa-apa’. Kata ayah tenang. Dalam hati Tuhan je lah tahu. Makin lama makin kuat pula raungan tersebut. Siap cakap ‘Mak, maafkan Aboy… ampunkan Aboy’,” ceritanya.

Bapa pelayar tersebut mengalami gangguan mistik sewaktu menguruskan may4t yang dihukum gantung sampai mati.

Sungguhpun menyeramkan, namun ketiga-tiga mereka tetap mencekalkan hati dan meneruskan tugasan di pejabat sehingga selesai.

“Masa nak beredar, raungan masih berterusan. Perasaan ingin tahu membuak-buak membuatkan ayah usha ke dalam bilik simpanan may4t.

“Ayah aku nampak ada orang lelaki bogel sedang meratap di salah satu pintu peti sejuk simpan may4t.

“Dan ayah amat pasti fridge tu simpan may4t orang yang kena gantung sebentar tadi. Kawan ayah yang drebar ambulans dah Usain Bolt dulu. Ayah dengan sorang lagi apa lagi, lari tak cukup tanah.,” ceritanya lagi.

Sehingga kini posting tersebut meraih 262 perkongsian.

Sumber Mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *