Selepas 14 Tahun, ‘Peragut’ Rantai Wan Maimunah Kini Bekerja Pemandu Lori. Sekali dia terima satu panggilan

Siapa sangka selepas 14 tahun, kelibat lelaki yang melakonkan watak meragut rantai Wan Maimunah masih diingat ramai.

Lebih mngejutkan, wajah lelaki terbabit tidak banyak berubah menyebabkan orang dapat mengenalinya dengan mudah.

” Saya terharu kerana iklan itu masih diingati sehingga kini walaupun tidak lagi ditayangkan di kaca televisyen,” kata Mohd Uzreen Mohd Kassim yang melakonkan watak peragut dalam iklan khidmat masyarakat sekitar tahun 2006.

Berkongsi pengalamannya, Mohd Uzreen, 39, yang kini bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia ditawarkan berlakon dalam iklan berkenaan pada tahun 2006 dan menerimanya kerana tiada pekerjaan ketika itu.

” Saya ditawarkan berlakon oleh seorang rakan yang ketika itu bekerja di Filem Negara Malaysia (FNM) dan terkejut kerana tawaran datang secara spontan sedangkan saya pula tiada pengalaman berlakon.

” Kebetulan, saya tiada pekerjaan pada waktu itu jadi terima tawaran untuk mencuba walaupun rasa agak kekok dan susah untuk melakukannya (berlakon),” katanya ketika ditemui Harian Metro di Taman Perindustian, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebagai inidividu yang tiada pengalaman, peluang berlakon dalam iklan itu dianggap sebagai kenangan terindah terutama apabila digandingkan dengan pelakon hebat seperti Wan Maimunah.

” Perasaan saya bercampur baur, teruja ada, takut pun ada ketika berlakon dengan ibu (gelaran untuk Wan Maimunah) di set penggambaran.

” Namun, ibu tidak lokek berkongsi ilmu malah banyak membantu dan mengajar saya bagaimana melakonkan watak peragut di set penggambaran.

” Ibu seorang pelakon yang profesional dan tidak kisah saya menolaknya dengan betul sekalipun kerana mahu adegan kami nampak hidup,” katanya.

Saya terharu kerana iklan itu masih diingati sehingga kini walaupun tidak lagi ditayangkan di kaca televisyen.

Itu kata Mohd Uzreen Mohd Kassim yang pernah melakonkan watak per4agut dalam sebuah iklan khidmat masyarakat sekitar tahun 2006.

Turut membintangi iklan khidmat masyarakat itu adalah pelakon veteran, Wan Maimunah.

Wan Maimunah mahu berjumpa dengannya

Katanya, dia ada terbaca kenyataan Wan Maimunah yang meluahkan hasrat untuk bertemu dengannya.

” Saya ada menerima panggilan daripada anak angkat ibu yang mahu mengatur pertemuan kami selepas tersiarnya kisah itu di portal berita dan laman sosial.

” Namun, ia kemudiannya senyap begitu saja dan difahamkan ibu mempunyai masalah kesihatan.

” Ikutkan, saya juga (mahu) bertemu dengan ibu jika ada masa yang sesuai tetapi tidak pasti adakah dia masih ingat dengan saya atau tidak,” katanya.

Bapa kepada seorang anak itu berkata, selepas iklan khidmat masyarakat berkenaan dia tidak menerima tawaran lain untuk berlakon.

” Itu (tawaran) kali pertama juga terakhir saya berlakon dan tiada lagi selepas itu tetapi impaknya besar sehingga kini terutama selepas vdeo iklan itu kembali tular di laman sosial beberapa bulan lalu.

” Ini kerana ramai individu tidak dikenali menghantar permintaan untuk menjadi rakan di Facebook (FB) dan beratus mesej diterima.

” Jujurnya saya bangga kerana mesej iklan berkenaan sampai kepada penonton sekali gus dapat memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berwaspada,” katanya.

Berhubung wajahnya yang dijadikan karikatur di laman jenaka dekat laman sosial, Mohd Uzreen mengakui mrah pada mulanya dengan tindakan individu yang melakukannya.

” Mulanya memang mrah tetapi akhirnya saya anggap ia sebagai hiburan saja untuk pengikut laman itu,” katanya.

PELAKON IKLAN R4GUT BERSAMA WAN MAIMUNAH YANG SERING DIJADIKAN MEME DI MEDIA SOSIAL

Wan Maimunah Cari Kembali Lelaki Yang Pernah ‘Mer4gutnya’ 20 Tahun Lalu

Selepas hampir 20 tahun, pelakon Wan Maimunah akhirnya mencari kembali lelaki yang pernah berlakon meragutnya dalam sebuah iklan ketika dahulu.

Iklan ragut yang dibintangi mereka berdua itu kembali popular beberapa tahun kebelakangan ini di media sosial- dimana lelaki tersebut sering dijadikan meme dan bahan jenaka oleh netizen.

Bukan sahaja dijadikan bahan jenaka, malah akaun media sosial troll popular Si Rashid sebelum ini juga pernah menjelaskan watak Abang Hashim dalam jenaka mereka sebelum ini juga diinspirasikan daripada wajah lelaki tersebut.

Akaun Si Rashid di Facebook sebelum ini sering berkongsi troll mengenai isu semasa menggunakan watak Abang Hashim dan sehingga kini mempunyai lebih 600,000 pengikut di platform tersebut.

Kembali kepada pencarian pelakon Wan Maimunah tadi, beliau baru-baru ini dilaporkan meluahkan hasrat tersebut dalam satu temu bual bersama Harian Metro.

Wan Maimunah menjelaskan niatnya untuk bertemu dengan lelaki itu adalah disebabkan iklan yang dibintangi mereka berdua itu masih mempunyai impak kepada masyarakat sehingga ke hari ini.

“Kalau ada peluang, saya teringin sangat nak berjumpa dengan individu yang jadi ‘peragut’ itu.

“Mana tahu, kalau dia membaca berita ini, sila hubungi saya” katanya kepada Harian Metro.

Mengimbau kembali kenangannya ketika penggambaran iklan khidmat masyarakat itu, Wan Maimunah berkata dia juga ada membantu lelaki tersebut sepanjang penggambaran berlansung.

Ini kerana jelasnya lelaki tersebut bukanlah pelakon dan beliau terpaksa memberikan tunjuk ajar kepadanya untuk menampakkan adegan dalam iklan popular itu lebih realistik.

“Lelaki yang berlakon sebagai “peragut’ itu pun bukanlah pelakon.

“Jadi, ibu yang ajar dia bagaimana untuk menampakkan adegan ragut itu seakan realistik,” katanya.

Jadi kepada anda yang mempunyai maklumat atau mengetahui di mana lelaki yang terkenal sebagai peragut ini, mungkin anda boleh menghubungi pihak Wan Maimunah dan menunaikan hasratnya untuk bertemu kembali dengan ‘peragut’ ini.

sumber: hmetro

Be the first to comment on "Selepas 14 Tahun, ‘Peragut’ Rantai Wan Maimunah Kini Bekerja Pemandu Lori. Sekali dia terima satu panggilan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*