Penduduk Nask Buat Solat Hajat ! Ketukan Pintu Misteri Dah Sampai Ke Klang Pulak

KEBELAKANGAN ini media sosial kecoh dengan kejadian ketukan pintu yang sehingga kini masih diselubungi misteri.

Insiden yang pada mulanya bermula di Sabak Bernam, Selangor itu kini dilaporkan merebak ke daerah dan negeri lain.

Terbaharu, kejadian bunyi ketukan dan orang berlari atas bumbung menghantui penduduk di Pandamaran Jaya, Klang pula.

Artikel Berkaitan : diganggu ketukan pintu sampai nak roboh pintu

Memetik laporan Utusan, susulan kejadian misteri itu, ahli jawatankuasa masjid dan penduduk kampung berhasrat untuk mengadakan solat hajat meminta agar insiden berkenaan tidak berlaku lagi.

Menurut Ketua Kampung Pandamaran Jaya, Mohamad Zahiruddin Mohamad jika sebelum ini kejadian berlaku di Jalan 4, Jalan 12, Jalan 78, namun kini merebak ke Jalan 10,77 dan 12.

“Kita juga bercadang untuk menggunakan khidmat pengamal perubatan Islam sebagai langkah menghentikan gangguan berkenaan yang sehingga kini sukar dikesan sama ada dilakukan individu tertentu atau dikaitkan dengan perbuatan mistik,” katanya kepada portal berkenaan.

Mohamad Zahiruddin berkata, pihaknya masih dalam proses perbincangan untuk menghantar surat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk meminta kebenaran mengadakan solat berkenaan dan akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Permohonan ini perlu mendapat kelulusan Jais ekoran Selangor masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 20 Disember depan,” katanya lagi.

Untuk rekod, bulan lalu beberapa kampung di Sabak Bernam dihantui ketukan misteri yang berlaku pada tengah malam.

Bagaimanapun selepas kira-kira tiga minggu, ketukan misteri itu berakhir apabila tiada lagi kes baharu dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitendan Agus Salim Mohd Alias mengesahkan perkara berkenaan sambil menambah pihaknya tetap melakukan rondaan meskipun gangguan sudah berakhir.

 

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

Be the first to comment on "Penduduk Nask Buat Solat Hajat ! Ketukan Pintu Misteri Dah Sampai Ke Klang Pulak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*