[Video] Diganggu Ketukan Pintu “Nak Roboh Pintu”

SAID Hassan menunjukkan bagaimana pintu luar bahagian hadapan kediamannya diketuk pada awal pagi di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah dekat Alor Gajah. FOTO HASSAN OMAR

Misteri bunyi ketukan pintu kediaman yang ‘berpindah’ dari Sabak Bernam, Selangor ke daerah ini sejak minggu lalu kian menggusarkan ramai penduduk.

Keluarga ini berjaya merakam kejadian ketukan misteri di rumah kediaman mereka yang terletak di Alor Gajah, Melaka.

Video yang dimuat naik berdurasi 1 minit menunjukkan jelas kedengaran dan waktu itu semua lampu rumah terpasang.

Ketukan misteri tersebut sangat kuat sehingga menggegarkan pintu (sliding door) rumah keluarga tersebut.

Salah seorang ahli keluarga memberanikan diri untuk berdiri di depan pintu kaca tersebut dan yang pasti memang tiada siapa pun berada di luar walau pun dia berdiri di depan pintu tersebut semasa kejadian.

Anda nilaikan sendiri video di bawah:

‘Lembaga’ gemar ketuk pintu berpindah ke Alor Gajah Melaka Pulak

SAID Hassan menunjukkan bagaimana pintu luar bahagian hadapan kediamannya diketuk pada awal pagi di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah dekat Alor Gajah. FOTO HASSAN OMAR

Bekas Imam Masjid Tok Janggut, Masjid Tanah di sini, Said Hassan berkata, kediamannya di Kampung Paya Rumput di sini, turut diketuk dari luar dengan kuat hingga menyebabkan pintu kayunya itu hampir tertanggal.

Dalam kejadian jam 3 pagi semalam dia dan isteri, Maimunah Hashim, 65, serta seorang anak perempuan berusia 24 tahun sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi ketukan kuat itu.

“Saya segera membaca beberapa ayat al-Quran khusus untuk menjauhkan gangguan jin dan syaitan. Usaha saya itu berjaya menghentikan ketukan kuat pada pintu kediaman.

“Saya hairan kerana tidak pernah pintu rumah diketuk pada waktu awal pagi,” katanya ketika ditemui wartawan semalam.

Pesara kerajaan itu berkata, sejurus membaca surah berkenaan, bunyi ketukan itu tiba-tiba terhenti dan dia menggagahkan diri untuk membuka suis lampu anjung rumah.

Said berkata, dia dan isteri kehairanan berikutan tiada sesiapa di luar rumah sejurus daun pintu dibuka.

“Alhamdulillah, Allah SWT menjauhkan kami sekeluarga daripada bahaya. Kejadian ini benar-benar menimbulkan tanda tanya penduduk di kampung ini yang turut diganggu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Paya Rumput, Azaman Abu Hassan berkata, anak kariah kampung itu sudah membaca surah Yassin beramai-ramai pada malam Jumaat lalu selepas beberapa kediaman penduduk diganggu ketukan yang sama bermula pagi Khamis lalu.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Tok Janggut berkata, majlis bacaan surah Yassin sememangnya diadakan pada setiap malam Jumaat.

“Alhamdulillah setakat ini kampung kami aman dan damai dan kami berdoa Allah SWT memelihara kami daripada bahaya,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

 

Leave a comment

Your email address will not be published.


*