Misteri Kampong Pisang Bersiri ! Penduduk Takut Keluar Rumah Waktu Senja

PENDUDUK sebuah kampung yang enggan didedahkan lokasinya dikejutkan dengan serangan makhluk-makhluk ganjil sejak beberapa hari lalu.

Berdasarkan cerita daripada penduduk kampung, apabila tibanya waktu senja mereka tidak lagi berani untuk keluar rumah seperti kebiasaan kerana bimbang diganggu makhluk berkenaan.

Tinjauan juga mendapati suasana kampung yang dulunya ceria dengan aktiviti masyarakat pada waktu malam kini berubah wajah menjadi suram apabila tibanya senja.

“Gerun pakcik… sejam sebelum Maghrib pakcik dah tutup kedai! Tak kuasa (berani) nak tutup lambat. Pakcik lebih sayangkan nyawa daripada duit!”

“Malam Isnin ada toyol, lepastu hantu rempit pula datang mengganas di kampung kami! Kemudian ada pula segerombolan warewolf dari Indonesia serang kami. Lenguh… lenguh pakcik nak cerita. Ada je masalah kami.

“Pakcik nak tanya… Mana pihak berkuasa? Siapa yang perlu ambil tanggungjawab untuk lindung kami daripada benda-benda ni?” tanya salah seorang penjaja makanan, Pak Jabit.

Sementara itu Ketua Kampong Pisang, Pak Din Pest Kontrol ketika ditemui mStar bagaimanapun memberitahu segala kekacauan di kampung tersebut masih dalam kawalan.

“Jangan risau, Pak Din Pest Control ada. Semuanya beres. Yelah, banyak penduduk kat kampung ni penakut sikit. Tak macam saya, bersemangat waja, berani dan berwibawa!” ujarnya serius.

“Saya berjanji masalah kekacauan ini akan selesai jika anda semua undi saya sebagai Adun, ” tambah Pak Din yang pernah tewas ketika pilihan raya untuk daerah Manjoi.

Menurut beberapa saksi lain di kampung berkenaan, antara makhluk aneh yang turut menyerang Kampong Pisang termasuk hantu sungai, alien, orang minyak dan juga zombi yang pernah suatu ketika dahulu mengakibatkan hiruk-piruk di kampung tersebut.

Dalam pada itu cakap-cakap daripada penduduk, hero handalan Kampong Pisang, Husin turut dikatakan akan kembali ke kampung halamannya untuk membantu orang ramai yang kini hidup dalam suasana ketakutan.

Namun apabila ditanya tentang kesahihan kepulangan Husin, Pak Din terus tersentap dan enggan mengulas lanjut.

No commentWait and see, ” ujarnya ringkas.

Pihak berkuasa kini menasihatkan orang ramai agar tidak mengunjungi atau makan angin di Kampong Pisang buat sementara waktu sehingga masalah kekacauan ini diselesaikan.

Bagi yang tinggal di kampung tersebut, mereka dinasihatkan agar kekal berada di rumah.

Tetapi orang ramai diuar-uarkan untuk menonton Kampong Pisang Bersiri-Siri setiap Isnin bermula 7 Disember pada jam 8 malam di Astro Citra (Saluran 108).

Selain itu masyarakat luar juga digalakkan untuk mengikuti perkembangan terkini keadaan penduduk Kampong Pisang arahan Mamat Khalid ini secara strim di Astro GO dan On Demand!

Tak perlu lah keluar rumah, okay…

 

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Min rasa kena tengok ler crita nie……bleh lepas tensionnn…hahahahahaha

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Misteri Kampong Pisang Bersiri ! Penduduk Takut Keluar Rumah Waktu Senja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*