
Tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah orang yang memiliki kelebihan dimana mereka mempunyai wajah dan tubuh badan yang tidak menua atas faktor tertentu seperti keturunan, pengambilan makanan yang sihat, bersenam dan sebagainya. Perkara ini termasuklah dengan seorang wanita yang tular sejak akhir-akhir ini dimana telah dimuat naik oleh sebuah posting yang bernama @brgsjks.
Ingatkan 20 tahun. Rupanya dah 53 tahun. Takde langsung tanda tanda kenenekkan ye. pic.twitter.com/gzLcgkvYhB
— brgsjks (@brgsjks) December 11, 2020
Menerusi Tweet tersebut, pemilik akaun itu telah berkata “Ingatkan 20 tahun. Rupanya dah 53 tahun. Takde langsung tanda tanda kenenekkan ye”. Manakan tidak umur wanita ini sudah pun memasuki ke 50-an namun wajah dan tubuh badannya kelihatan seperti awet muda persis anak dara. Lebih mengejutkan wanita ini juga sudah bergelar nenek dan memiliki cucu disamping kadang kala disalah ertikan sebagai teman wanita anak lelakinya apabila berfoto.
Rupa-rupanya kunci utama wanita ini berjaya menjaga penampilannya adalah kerana dia sering mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti melakukan senam erobik, bermain badminton dan berenang sewaktu di zaman muda. Maka, tidak hairanlah mengapa ‘nenek’ ini sering terkelihatan muda gara-gara penampilan dan wajahnya yang cantik berseri.
Posting itu telah berjaya meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 2.2 ribu ulang kicau meskipun hanya dimuat naik pada beberapa jam yang lalu di laman akaun Twitter selebriti laman sosial berkenaan.
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply