Suami Buat Perangai Pelik, Si Isteri Geram, Macam Tahu Ysuku Nak Sampai… Motosikal Lama Basuh Dalam Sungai Tiba-Tiba Tak Boleh Hidup

APLIKASI TikTok ini tidak asing dengan kandungan kreatif yang melucukan walaupun hakikatnya tak seindah yang dirasai.

Ada juga video-video menunjukkan kesedihan dan bukan niat merakam semata-mata untuk kandungan TikTok, tetapi menjadi sesuatu yang unik dan mencuit hati netizen apabila dimuat naik dan dikenakan dengan lagu viral di aplikasi tersebut.

Ini termasuk satu video tular apabila seorang pemuda mengambil tindakan untuk membasuh motosikalnya di dalam sungai baru-baru ini.

“Nak basuh motor, last-last motor tak hidup,” tulisnya di kapsyen TikTok itu.

Video yang tular tersebut adalah dari akaun TikTok isteri pemuda berkenaan yang merakam gelagat suaminya di Sungai Sura Hujung atau lebih dikenali sebagai Sungai Pacho di Dungun, Terengganu itu pada Jumaat lalu.

Nisa atau nama sebenarnya Anisa Suhaila Moktar berkata, asalnya video tersebut dirakam sekadar suka-suka dan tidak terfikir untuk di muat naik di TikTok.

“Rakaman itu hanya biasa-biasa sahaja, tetapi apabila sebaliknya yang terjadi, saya sengaja masukkan dalam akaun TikTok saya dan kebetulan kena pulak dengan lagu Oh No tu,” kata gadis berusia 23 tahun itu.

Nisa dan suaminya baru sahaja berkahwin Ogos lalu.

Berkongsi cerita kepada mStar, Nisa memberitahu dia terkejut apabila diajak suaminya untuk menemaninya membasuh motosikal di kawasan sungai.

Sebelum itu katanya dia sudah menasihati suaminya kerana bimbang boleh menyebabkan motosikal itu rosak tetapi berdasarkan pengalaman motosikalnya tidak pernah berdepan masalah sekalipun meredah aliran air yang tinggi.

“Setiap tahun banjir, motosikal suami saya tu memang tak pernah rosak walaupun air tinggi. Suami terlampau yakin dengan motosikal dia, dah lah terlebih bijak pula, tu yang basuh motosikal dalam sungai.

“Saya ada cakap, kalau 40 kali orang kata bodoh. Nanti jadi bodoh sungguh baru tahu.”

NISA

“Tengah seronok dok membasuh, tiba-tiba nak balik motosikal tak boleh hidup. Dah lah air tinggi dan nak tolak pun susah sebab berat sangat. Jadi saya lah kena tolong dia.

“Nasib baik masa tu ada lagi seorang kawan perempuan saya, sesudah sahaja keluar dari sungai tu, kawan saya pun tolong tunda moto kami sampai ke rumah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nisa berkata, suaminya itu memang suka buat benda-benda pelik yang tak masuk akal.

“Suami saya memang macam tu, suka buat benda pelik, kadang terhibur kadang sakit hati juga. Contoh macam motosikal ni, tak fasal-fasal kena baiki beratus ringgit.

“Motosikal mula tu tak hidup terus, lepas dah dia baiki sikit, motosikal itu boleh juga hidup dan bergerak cuma sekarang dia hantar bengkel untuk check balik.

“Saya tak larat nak bebel bebel dah,” Nisa sempat berseloroh.

Paparan skrin dalam video tular itu.

Malah tambahnya, dia tidak kisah netizen meninggalkan komen-komen negatif kerana akui tindakan suaminya itu memang sesuatu yang jarang dilakukan sesiapa sahaja.

“Banyak yang komen kata dia bodoh dan sebagainya, saya tahu mereka pun macam saya geram dengan dia.

“Saya ada cakap, kalau 40 kali orang kata bodoh. Nanti jadi bodoh sungguh baru tahu,” ujarnya.

Bagaimanpun, Nisa mendedahkan bahawa keesokkan harinya, mereka menerima panggilan memaklumkan motosikal yang sudah lama mereka tempah sudah sampai.

“Kami memang dah lama booking motosikal jenis Ysuku, tak sangka lepas kejadian di sungai, motosikal tu pun sampai keesokkan hari. Nasib baik la.

“Saya rasa suami saya ni dapat agak yang motosikal baru nak sampai, sebab tu dia buat hal,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Suami Buat Perangai Pelik, Si Isteri Geram, Macam Tahu Ysuku Nak Sampai… Motosikal Lama Basuh Dalam Sungai Tiba-Tiba Tak Boleh Hidup"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*