Tempatan Viral

[Video] Ibu 2 Anak Beberapa Kali Diganggu, Paling Seram Saat Kereta Mainan Bergerak Sendiri… “Apa Kata Ustaz Memang Mengejutkan!”

Siapa yang tidak cuak apabila menyaksikan lori mainan bergerak sendiri secara tiba-tiba?Segala macam perasaan yang datang, apatah lagi ketika itu sedang berseorangan di rumah.

Itulah pengalaman mistik yang dialami oleh wanita ini, sehingga membuatkan dirinya fobia ditinggalkan bersendirian apabila suami keluar bekerja.Terdahulu wanita ini membuat perkongsian di Twitter mengenai pengalamannya sehingga ia meraih lebih 13,000 retweet.

Menurut Syazliana Awang, kejadian mistik itu berlaku kira-kira seminggu lalu ketika dia dan bayinya yang berusia tiga bulan berada di ruang tamu tingkat bawah kediamannya.

“Saya ingat lagi, ketika itu Khamis malam Jumaat, kira-kira pukul 10 malam. Suami dan anak sulung yang berusia dua tahun lima bulan tiada di rumah kerana pergi tahlil di rumah mentua yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari rumah kami.

“Tengah lipat baju, tiba-tiba ‘dump truck’ anak bergerak sendiri. Padahal remote control mainan tu suami sorok daripada anak lama dah.

Mula-mula perlahan… saya macam buat tak endah. Tapi kemudian ia bergerak dengan kerap. Saya berhenti lipat baju dan terus call suami untuk beritahu apa yang berlaku.

“Suami boleh gelak-gelak sedangkan saya dah cuak… memang rasa tak sedap hati. Saya pun apa lagi, capai tudung, dukung bayi dan terus duduk luar rumah,” ceritanya kepada mStar.

Sepanjang menunggu kepulangan suami, Syazliana berkata sepanjang tempoh itu dia terlalu takut memandangkan mainan berkenaan makin ‘galak’ bergerak.

“Dek terlalu takut, saya tak mampu nak rakam. Bayangkan, mainan tu bergerak-gerak macam nak ikut saya. Ia siap hentam-hentam gril pintu.

“Jiran saya kiri dan kanan pasangan Cina. Saya segan nak panggil bimbang mengganggu, dan dalam masa yang sama saya cuba bertenang dan cuba positif.

“Kira-kira 20 minit kemudian, suami pun sampai rumah. Anehnya, mainan tersebut automatik berhenti… sedangkan sebelum tu ia galak bergerak,” cerita wanita berusia 29 tahun yang menetap di Sri Rampai, Wangsa Maju.

Tambah Syazliana, keesokan hari suaminya menjemput seorang ustaz ke rumah dan apa yang diberitahu sememangnya membuatkan mereka terkejut.

“Ustaz tu kata memang ada ‘sesuatu’… ia penghuni asal rumah ni. Kiranya benda tu nak ‘tunjuk’ yang dia ada.

“Sebelum ni, selalu je dengar bunyi-bunyi aneh tapi kita fikir positif… mungkin datang dari rumah jiran.

“Tapi kejadian yang terakhir ni betul-betul buatkan saya takut, tambah-tambah lagi kalau suami keluar bekerja. Mujurlah suami kerja sendiri, apa-apa berlaku dia boleh pulang.

“Alhamdulillah, selepas ustaz datang, belum ada lagi benda aneh berlaku. Kalau jadi lagi, mungkin terfikir nak pindah,” katanya.

Tidak menyangka postingnya di Twitter menjadi tular, Syazliana berkata dia pada mulanya sekadar berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan dan pengikutnya sahaja.

“Ada juga komen kata mainan tu bergerak kerana wujudnya frekuensi yang sama. Saya ada bertanya kepada kedua-dua jiran sebelah, mereka tak ada pun kereta mainan remote control.

“Tapi cuba fikir, kalau frekuensi sama, kenapa masa suami balik, terus ia berhenti. Lagi satu, cara ia bergerak tu, macam nak ikut saya pula.

“Sebagai orang Islam, kita kena percaya perkara ghaib. Kita mungkin berkongsi tempat dengannya cuma tak nampak saja. Mungkin masa berlaku tu, benda tu nak kami tahu yang ia ‘ada’,” katanya lagi.

Video Kejadian

Sumber:MStarOnline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *