Disi-sih Keluarga… Suami P3n4gih, K4ki pvk0l! Wanita terp4ksa usung 4 anak Mer3mp4t Minta Sedekah, Nasib Baik Jumpa Cikgu Fadli – “Akak Kena Janji, Berubah Betul-Betul”

IBARAT jatuh ditimpa tangga.

Begitulah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan nasib malang seorang wanita ini yang terpaksa meminta sedekah bagi meneruskan kelangsungan hidup bersama empat anaknya, selepas suaminya dip3njarakan beberapa bulan lalu.

Kisah wanita ini dikongsikan oleh seorang guru yang juga aktivis kebajikan Dana Kita, Mohd Fadli Salleh menerusi satu posting di Facebook.

Menurut Mohd Fadli, wanita berkenaan ‘terperangkap’ di Chow Kit di ibu negara sejak mengikut suaminya ke kawasan itu, enam tahun lalu.

“Kisahnya begini, seorang wanita kahwin dengan p3n4gih , datang ke Chow Kit ikut suami sekitar enam tahun lepas. Dari situ dia terperangkap di sini.

“Hubungan dengan keluarga renggang, senang cerita dah disisih keluarga sendiri. Sebab kenapa, tak perlu aku hurai panjang. Pendapatan utama dia ialah minta sedekah. Bawa anak-anak sekali.

Mohd Fadli (dua, kanan) sedang berbincang dengan wanita yang menyewakan bilik kepada lima beranak malang tersebut.

“Suami pula kaki pvkol, biasalah p3n4gih. Duit tak ada, mengamuklah. Barang tak dapat, mengamuk lagi. Gian, mengamuk lagi. Tak tahan dipvkol, dia buat laporan polis Januari lepas,” cerita Mohd Fadli.

Menurut guru itu lagi, wanita ini bersama empat anaknya hidup merempat selepas dihalau dari bilik sewa mereka dua bulan lalu, dan dia tidak mempunyai pilihan melainkan membawa kesemua anak-anaknya bersama ketika meminta sedekah.

“Bila aku cakap, ‘Akak tengok anak-anak akak. Semua cantik-cantik, comel… akak nak ke mereka membesar di sini? Dikelilingi p3n4gih, pel4c0r, orang mab0k dan seumpamanya?’

“(Jawapannya) ‘Tak nak cikgu. Saya sayang anak-anak saya. Orang nak ambil saya tak bagi. Saya nak jaga sendiri. Saya nak sangat keluar dari kawasan ini. Cuma saya tak tahu mana nak tuju. Saya tiada sesiapa dah’,” ujarnya mengimbas kembali pertemuan bersama wanita berkenaan.

Mohd Fadli dan pasukan Dana Kita membantu wanita m4lang tersebut mendapatkan tempat tinggal dan pekerjaan agar dia dapat memulakan kehidupan baru.

Sudah bertahun-tahun terlibat dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, Mohd Fadli berkata dia dapat merasai wanita berkenaan benar-benar mahu memulakan kehidupan baharu demi anak-anak, namun tidak mempunyai ruang untuk berbuat demikian.

Justeru ujarnya, dia sedaya upaya cuba melakukan yang terbaik untuk membantu wanita berkenaan kerana tidak mahu kehidupan anak-anaknya terabai dan membesar dalam persekitaran yang tidak sihat.

“Dia tak men4gih katanya. Lihat dari air muka dan susuk badan, aku percaya kata dia.”

MOHD FADLI SALLEH

GURU/AKTIVIS DANA KITA

‘Akak kena janji dengan saya satu je. Akak berubah betul-betul. Jaga anak betul-betul. Saya nak bagi peluang besar untuk akak ubah kehidupan akak dan anak-anak. Saya akan support semampu saya.

‘Dan jika akak sia-siakan peluang ini, saya akan ambil anak-anak dan letak di JKM. Akak nak pergi mana, nak jadi apa, saya tak nak bantu dah. Saya nak pastikan anak-anak ini selamat dan terjaga. Boleh?’ ujarku panjang lebar.

“Anak-anak yang ada dengan dia sekarang empat orang. Umur 10 tahun, 7 tahun, 4 tahun dan setahun lebih. Semua ada Mykid. Dia pun ada IC elok. Dia tak men4gih katanya. Lihat dari air muka dan susuk badan, aku percaya kata dia. Namun aku akan bawa kawan-kawan AADK untuk urine dan sahkan.

Dana Kita aktif turun padang membantu masyarakat yang memerlukan.

“Jika dia benar-benar dapat berubah dan dapat kerja dengan elok, kita sama-sama bantu dia dan anak-anak. Setiap orang layak diberi peluang. Setiap orang boleh berubah ke arah kebaikan. Jika benar mereka mahu, kita bantu,” tulisnya lagi.

Dalam kemas kini terbaharu, Mohd Fadli memaklumkan wanita tersebut kini sudah ditawarkan pekerjaan yang sesuai dan akan mula bekerja minggu hadapan, manakala tempat tinggalnya juga sudah diuruskan.

 

Sumber : MStar

 

Apa Pendapat Anda?

Be the first to comment on "Disi-sih Keluarga… Suami P3n4gih, K4ki pvk0l! Wanita terp4ksa usung 4 anak Mer3mp4t Minta Sedekah, Nasib Baik Jumpa Cikgu Fadli – “Akak Kena Janji, Berubah Betul-Betul”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*