
SHAH ALAM: Seramai 29 pegawai dan anggota polis termasuk seorang pegawai kanan berpangkat deputi komisioner disiasat bagi k3s penipvan Macau Scam dan jvdi dalam talian membabitkan Addy Kanna.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, semua individu itu kini digantung tugas bagi membantu siasatan yang dijalankan pihaknya secara menyeluruh.
Beliau berkata, siasatan itu turut melibatkan seorang pegawai berpangkat inspektor yang dipercayai memiliki wang simpanan berjumlah RM1 juta.
“Kita sudah meminta penjelasan lanjut dan dia (inspektor) mendakwa wang itu diperoleh daripada bapanya. Kita masih menyiasatnya secara mendalam terutama berkaitan sumber sebenar wang tersebut.
“Kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak atasan untuk rujukan hvkum4n terhadap semua anggota dan pegawai yang disiasat. Kita menjangkakan perkara ini selesai pada Januari ini.
“Siasatan dijalankan mengikut Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan kita tidak menolak kemungkinan lebih ramai pegawai disiasat kelak,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Selangor di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini hari ini.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed memegang jawatan Pemangku Ketua Polis negeri bagi menggantikan Datuk Noor Azam Jamaludin yang bersara wajib esok.
Oktober lalu, Alvin dan Addy ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terlibat dalam aktiviti p3nipvan Macau Scam dan jvdi dalam talian yang menyasarkan m4ngsa di China.
Sementara itu, Zamri memaklumkan, pihaknya menerima kira-kira 3,000 aduan berhubung s4lah laku warga polis di seluruh negara setiap tahun.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10 peratus atau 300 kertas siasatan dibuka untuk tindakan lanjut termasuk diberhentikan perkhidmatan.
“K3s4lah4n ini antaranya melibatkan k3s d4d4h, tidak menjalankan tugas dan menjalin hubungan intim,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Leave a Reply