Warga Asing Kembali Bekerja Secara Haram Di Pasar Borong KL

BELUM sampai setahun penguatkuasaan undang-undang yang melarang warga asing daripada bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL), nampaknya ada dakwaan yang memberitahu golongan tersebut sudah kembali.

Malah, tinjauan Suara Merdeka sekitar pukul 1 pagi tadi juga mendapati terdapat beberapa warga asing yang tidak memakai baju PBKL bekerja di pasar borong tersebut.

Kehadiran warga asing ini seawal pukul 12 tengah malam sebelum menjadi semakin ramai kira-kira pukul 1 pagi.

Suara Merdeka sempat bertemu dengan seorang pekerja PBKL yang menyatakan kekecewaan terhadap kelemahan penguatkuasaan untuk menghalang kemasukan warga asing ini.

Menurut Muhammad Fazlee Muhd Khairul Anuar, 29, pekerja warga asing ini melakukan kerja yang sama sepertinya tetapi dengan kadar upah yang jauh lebih murah.

“Bila dah kacau perkhidmatan kami, kami tidak ada gaji asas. Gaji kami adalah melalui pembeli dan pemborong yang membeli ikan di sini jadi itu merupakan hasil kami.

“Mereka meminta upah serendah RM3 hingga RM5 berbanding RM10 yang ditetapkan kami bagi perkhidmatan menolak barangan pemborong.

“Kalau mereka mengganggu kami, macam mana kami nak cari makan?” katanya yang bekerja di PBKL selepas dibuang kerja akibat pandemik Covid-19.

Muhammad Fazlee turut mendakwa terdapat beberapa isu seperti ‘duit kopi’ yang menyebabkan warga asing ini dapat kembali bekerja di pasar tersebut.

Disebabkan itu juga, dia berharap supaya pihak berkuasa lebih tegas terutamanya bagi mereka yang menjaga pintu keluar masuk ke pasar borong.

Sementara itu, seorang lagi pekerja PBKL, Muhammad Alif Farizal Zulkepli, 20, turut mengakui yang warga asing sudah kembali bekerja di pasar itu.

Jelasnya, kebiasaannya dalam pukul 1 pagi baru pekerja asing muncul dan kebanyakannya bekerja di bahagian pasar ikan.

“Warga Indonesia yang paling ramai. Tetapi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga ada buat rondaan dan tangkapan jika terserempak.

“Tetapi itulah, biasanya ada orang di dalam pasar yang akan beritahu dan kesemua warga asing ini akan melarikan diri terlebih dahulu,” jelasnya. -SM

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Warga Asing Kembali Bekerja Secara Haram Di Pasar Borong KL"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*