[VIDEO] Ular Besar Menyorok Dekat Tingkap Dan Air Terjun

Di Twitter seorang lelaki yang dikenali sebagai JalalMisai berkongsi satu video ‘detik cemas’ yang menarik perhatian netizen. Menerusi video tersebut sepasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) cuba mengeluarkan ular yang ‘berselindung’ di sebalik sebuah tingkap.

Menerusi ruangan balas, kejadian tersebut berlaku di Balakong, Selangor.

Menerusi video yang berdurasi 40 saat itu, memaparkan dua anggota JPAM cuba menarik ular tersebut. Pada mulanya, agak sukar bagi mereka untuk menarik ular tersebut, ditambah pula keadaan fizikal ular yang besar dan panjang.

Lagi mencuit hati apabila slogan ‘tarik sis, semangko..’ digunakan bagi memberikan kata-kata semangat kepada mereka untuk menarik ular tersebut. Setelah slogan tersebut dilafazkan, ular tersebut berjaya ditarik oleh mereka. Menurut pemilik rumah itu, dia percaya ular tersebut sudah lama ‘menginap’ di bahagian tingkap rumahnya.

 

Pengguna yang lain turut berkongsi tiga foto anggota JPAM menangkap ular tersebut. Menerusi gambar itu jelas menunjukkan ular itu memang besar dan panjang. Fuh takut! Perkongsian tersebut telah meraih 10.7k retweet, 5.8k likes dan 365.3 kali tontonan.

Malahan, menerusi ruangan balas, warganet turut berkongsi momen-momen mereka terjumpa ular besar seperti ini.

 

Lagi Video Ular Sawa 

 

Sumber: JalalMisai Tya Nadia

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "[VIDEO] Ular Besar Menyorok Dekat Tingkap Dan Air Terjun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*