Artis

Ibu Ali Puteh Kena Serangan Asma, Mohon Doa Orang Ramai – “Emak ditidurkan dan guna alat bantuan pernafasan”

IBU kepada pelawak Ali daripada kumpulan Puteh iaitu Sabariah Arshad dimasukkan ke Hospital Selayang, Selangor kerana serangan asma pada malam Khamis.

Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut memaklumkan ibunya kini ditidurkan dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Salam Jumaat penghulu segala hari, emak dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Selayang sebab semput semalam (Khamis).

“Sekarang masih di hospital… mak ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan. Semoga mak kuat dan terus kuat,” katanya menerusi Instagram.

“Doakan buat mak semoga semuanya kembali sedia kala… Allah uji tanda Allah sayang, segala puji bagi Allah!”

ALI PUTEH

PELAWAK

Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik foto memperlihatkan sebuah ambulans yang dinaiki ibunya.

Sementara itu, adik kepada Allahyarham Abam ini memohon orang ramai mendoakan kesihatan ibunya itu agar cepat sembuh dan pulih seperti biasa.

“Doakan buat mak semoga semuanya kembali sedia kala… Allah uji tanda Allah sayang, segala puji bagi Allah.

“Doakan buat mak ya! Amin,” ujarnya.

Ali berkongsi mengenai perkembangan ibunya itu menerusi Instagram.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut mendoakan supaya wanita berusia 63 tahun ini diberikan kesembuhan segera.

Diantara Komen Di IG beliau

“Allahuakbar… sayu tengok wajah makcik, semoga dijauhi dari segala kesulitan dan kesakitan. Amin!

“Sabar bro dengan dugaan ini, emak saya pun tak berapa sihat juga… semoga Allah beri kesembuhan buat ibu-ibu kita dan mereka-mereka di luar sana yang juga kurang sihat,” komen pengikut.

 

Sumber : IG aliputeh \MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *