Artis

“Pegang Jer Tak Cium” – To’ki Tapi Ini Kata UAI Mengenai Anjing

Kuala Lumpur: Penyanyi popular era 1990-an, To’ki memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan tindakannya memegang anjing seperti yang tersiar di Facebook miliknya, semalam.

To’ki, 53, atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur berkata, dia berterima kasih atas teguran yang diberikan terhadapnya.

“Saya mohon maaf dan menyusun 10 jari kepada semua. Isu sentuh anjing ini usahlah dipanjangkan sehingga kita seolah-olah duduk dalam tempurung sebagai Islam yang hak, Islam yang batil dan Islam keturunan.

“Ya memang boleh menjatuhkan apa-apa dosa, pahala dan sebagainya. Tapi kita yang memegang al-Quran secara hakikat, memegang al-Quran dan kita memahami al-Quran, tidak ada pun salah.

“Anjing yang saya pegang beberapa hari lalu adalah anjing untuk memburu. Spesis anjing untuk pergi berperang,” katanya menerusi kiriman video kepada Harian Metro.

Menurut To’ki, ketika membesar di kampung, dia melihat kanak-kanak Melayu sering membaling batu kepada anjing.

“Kasihan pada anjing. Tak boleh buat begitu sebenarnya kerana anjing juga makhluk Allah. Kita kena faham, dari sudut syariat pun tiada masalah untuk saya pegang anjing itu.

“Saya tidak cium sebab masih tahu batas. Tambahan pula saya selalu bercerita perihal Tuhan. Takkan saya tak tahu.

“Mengikut hadis, pahala akan habis begitu saja apabila bela anjing dalam rumah. Masalahnya anjing ini bukan peliharaan saya,” katanya.

To’ki berkata, dia sekali lagi memohon maaf, tetapi meminta mereka yang tidak memahami isu itu supaya memahami Islam secara hak.

“Jangan kita menuduh itu ini. Cuba kaji balik sejarah Islam. Jangan jadi jumud dan fahami Islam secara syumul,” katanya.

Terdahulu menerusi Facebook semalam, To’ki memuat naik 10 keping gambarnya bersama isteri memegang seekor anjing berwarna hitam.

Tindakan itu mendapat kecaman peminat yang menganggapnya tidak sensitif dan bimbang menjadi ikutan ramai serta menimbulkan fitnah dalam masyarakat.

Apa Kata Kita Dengar Ceramah Ustaz Azhar Idrus Tentang Pegang Anjing

 

Sumber : HMetro\UAI

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *