Lawak Viral

[VIDEO] “Lucu Tapi Kesian Pun Ada” – Gelagat Adik Ini Khusyuk Solat Tarik Perhatian Netizen

Ada orang kata kanak-kanak mengikut perlakuan orang dewasa. Apa yang orang dewasa lakukan mereka akan ikut sama melakukannya. Bergantung kepada kita untuk mencorak keperibadian anak masing-masing.

Jika perkara baik dilakukan, maka itu yang akan diturutinya. Namun satu video yang tular di laman sosial baru-baru ini menunjukkan seorang kanak-kanak sedang mendirikan solat menarik perhatian ramai.

Walaupun masih kecil namun kelihatan solat yang didirikannya sungguh khusyuk. Video berdurasi 15 saat itu meraih 101,000 tontonan dan hampir 5,500 retweets!

Manakan tidak menerusi paparan video itu kelihatan seorang kanak-kanak yang sedang khusyuk mendirikan solat terhantuk kepalanya di dinding ketika mahu sujud dan kembali berdiri.

Namun dia masih khusyuk dan meneruskan solatnya. Bunyi kesan hantukan kepalanya itu boleh tahan kuat juga!

Bagaimanapun dalam rakaman kedua nampaknya seolah-olah adik ini sengaja pula menghantukkan kepalanya ke dinding tersebut.

Rata-rata netizen yang menonton rakaman ini meninggalkan komen seperti berikut:

“Mari kakak sapukan ubat”

“Lucu dan biarkan dia bahagia..”

“Dia yang terhantuk tapi aku yang aduh…”

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *