Rezeki Wajah Mirip Tok Ti, Gadis Guna Duit Untung Jual Tudung Sambung Ijazah – “Mak Pun Cakap Ada Iras Sikit”

KEMUNCULAN seorang gadis di media sosial mencuri perhatian ramai apabila wajahnya dikatakan mirip penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menurut gadis berkenaan, Noramalin Amanina Mohd Azmi, 19, dari Pasir Mas, Kelantan, ini bukanlah kali pertama dia berdepan situasi seperti ini.

Selain komen di Instagram serta TikTok, dia juga pernah ditegur mengenai perkara itu sejak zaman sekolah lagi.

“Sejak tingkatan lima rasanya. Mak pun cakap ada iras sikit-sikit, lepas tu baru saya perasan.

“Kawan-kawan pun ada juga yang cakap. Tapi bila saya tengok balik muka sendiri, mungkin sama pada bahagian mata kot,” ujarnya yang mesra disapa Amalin kepada mStar.

Menurut penuntut bidang pengajian Bahasa Arab di sebuah universiti di Kedah itu, dia sama sekali tidak menjangka akan menerima komen sedemikian.

Amalin berasal dari Pasir Mas, Kelantan.

Namun katanya, ia sedikit sebanyak membantu usahanya yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan tudung sejak Jun lalu.

“Mak syorkan jadi cikgu bahasa Arab. Tapi saya juga minat nak jadi usahawan. Saya baru sahaja berniaga selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Sebab saya rasa dah dewasa, kalau boleh tak nak guna duit mak bila keluar. Boleh guna duit sendiri untuk perbelanjaan peribadi.

“Hasil berniaga bolehlah tampung persiapan sambung ijazah. Saya baru sahaja mendaftar pada Sabtu.”

AMALIN

“Sambutan agak baik. Alhamdulillah sekarang ada 26 orang dropship di bawah saya. Anggaran terjual dalam 50 helai seminggu,” ujarnya lagi.

Menurut Amalin lagi, dia juga menganggap komen-komen usikan yang mengaitkannya dengan penyanyi lagu Cindai itu sebagai satu jalan pembuka rezeki untuknya.

Menurut Amalin lagi, dia juga bersyukur apabila wang simpanan hasil berniaga boleh digunakan untuk menampung yuran pengajiannya.

Amalin mengakui perhatian yang diterima susulan wajahnya yang dikatakan mirip TokTi turut membantu urusan perniagaan tudungnya.

“Saya rasa komen-komen tu pun banyak membantu. Terima kasih kerana sokong saya walaupun tak kenal.

“Hasil berniaga bolehlah tampung persiapan sambung ijazah. Saya baru sahaja mendaftar pada Sabtu. Sebelum ini saya belajar di peringkat asasi.

“Mak bagi duit sikit, campur dengan duit saya untuk bayar yuran sebab saya tak ambil pinjaman,” ujarnya lagi.

Kata Amalin, dia juga mengambil semangat ibunya yang sudah 14 tahun berniaga kain batik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Rezeki Wajah Mirip Tok Ti, Gadis Guna Duit Untung Jual Tudung Sambung Ijazah – “Mak Pun Cakap Ada Iras Sikit”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*