Gengam Tangan, “Dada Makcik Rasa Hangat”

Satu lagi perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan mengenai pesakitnya yang boleh membuatkan kita teringat ibu kita secara tiba2 .

Pesakitnya Mengidap Strok

“Genggam tangan saya ni” arah aku sambil meletakkan tangan aku di telapak tangannya. Pesakit berumur sekitar 60-an diserang strok dan lemah sebelah anggota. Aku perlu periksa dan pantau kekuatan tangannya.Jari jemari tangan kiri pesakit aku itu hanya terkatup lemah di atas tangan kanan aku, manakala tangan kanannya menggenggam erat tangan kiri aku.

“Sebelah kiri ni boleh cuba genggam kuat lagi sikit” arahku kerana perbezaan kekuatan genggaman antara tangan kanan kirinya amat ketara.
Tiba-tiba pesakit yang duduk di atas katil tersebut mengalirkan airmata. “Kenapa makcik? Maaf, kalau saya cara saya cakap ni kasar.” Aku cuba kelihatan tenang, walhal di dalam sudah gelabah bukan main. Berurusan dengan orang tua bukan mudah, tambahan pula jika mereka sedang sakit. Emosi mereka sangat mudah terganggu. Mudah terkilan.

“Tak ada apa lah” ujarnya.Aku dapat rasa gengaman tangan kirinya semakin kejap. Tidaklah sekuat tangan kanan, namun lebih baik dari hari dia masuk ke wad 2 hari lepas.“Makcik jangan risau, tangan kiri makcik dah makin kuat. Makcik teruskan senaman yang fisioterapi ajar tu. Tak lama lagi boleh balik dah ni.” ujar aku.Makcik itu hanya senyum sahaja.

“Oklah makcik, esok atau lusa saya datang periksa makcik lagi.” kata aku sambil bangkit dari kerusi. Namun, makcik itu tak lepaskan genggaman tangan kanannya pada tangan kiri aku. “Dah boleh lepas dah(genggaman) makcik. Saya dah habis periksa” kata aku sambil tersenyum.

“Makcik dah tak ingat apa-apa yang jadi sebelum strok tu. Makcik tak ingat sesiapa, tapi…” katanya dengan suara yang lemah sebelum melepaskan genggamannya pada tangan aku. “Tapi apa, makcik?” tanya aku. Lepas dua tiga hari ni, hari-hari kau datang tanya khabar makcik, suruh makcik genggaman tangan kau. Makcik.…” ayatnya tergantung.

“Makcik dah ingat semula?” “Ya, tapi bukan semua benda. Makcik teringat anak makcik. Makcik teringat setiap hari makcik tanya khabar dia setiap kali ambil dia dari sekolah. Makcik teringat makcik pesan supaya pegang tangan makcik kuat-kuat masa lintas jalan…” sambung makcik itu. Semakin deras airmata dia mengalir. “Alhamdulillah…” respon aku.

“Cuma makcik tak ingat muka dia macam mana. Makcik cuma ingat genggaman tangan dia pada jari makcik. Bila pegang tangan dia, dada makcik rasa hangat. Perasaan itu sahaja yang makcik ingat.”

Dada aku pun jadi hangat juga dengar kata-kata makcik ni. Sebak pula bila orang tua, cerita tentang anak-anak.“Dia tak ada datang ke?” tanya aku. Makcik senyum. Sekilas sahaja. Kemudian mukanya kembali polos. “Sebenarnya, lebih baik makcik tak ingat. Lebih baik makcik tak tahu apa terjadi. Lebih elok. Sebab, bila teringat, hati makcik ni pedih…” katanya dengan suara yang hiba sambil merenung keluar tingkap.

“Makcik panggillah dia melawat, makcik. Takkan dia tak mahu tengok keadaan emak dia di hospital” kata ku memberi cadangan.
Makcik itu mengalih pandangan ke muka aku. Keadaan menjadi sedikit janggal. Timbul rasa menyesal dalam diri aku kerana beri cadangan tadi.“Dia dah tak ada. Kemalangan masa lintas jalan. Hari tu makcik dah pesan pada dia pegang tangan makcik…”

Bercucuran air mata makcik. Aku pun dah tak tertahan sedih. Teringat emak sendiri yang sampai sekarang, kalau lintas jalan masih pimpin tangan anak-anak.“Maafkan saya, sebab buat makcik teringat peristiwa tu” kataku. Mesti sangat sukar baginya hadapi semua ni. Serangan strok yang dia alami dan menjejaskan memori silam dia sehingga tak ingat sesiapa, kecuali seorang insan. Insan yang dia cuba untuk lupakan. Dunia ini tidak adil buatnya, namun aku yakin anaknya itu sedang menunggunya di pintu syurga. Semoga mereka bersatu kembali di dunia yang kekal abadi.

Bila kali terakhir kalian genggam erat tangan emak? Erat sehingga terasa hangat dada kerana dipenuhi kasih sayang.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Perawat Jiwa dan Raga
Gambar: hiasan

 

Apa Pendapat Anda? Bila kali terakhir anda gengam tangan ibu?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Gengam Tangan, “Dada Makcik Rasa Hangat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*