Nak Mohon Pengeluaran KWSP i-Sinar? Tak Perlu Beratur , Ini Cara Mudah Dan Kena Cepat Daftar Senang Jer

Pada 21 December 2020 KWSP telah membuka permohonan mengeluarkan wang daripada Akaun 1 kepada seluruh ahlinya yang terjejas akibat COVID-19. KWSP telah membahagikan permohonan kepada dua kategori  bagi memudahkan urusan pemohon dan KWSP.

Kategori 1

Kategori 1 adalah mereka yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja dalam sektor ekonomi gig, mereka yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan suri rumah atau mereka yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Untuk kategori ini, anda tidak perlu menyertakan dokuman sokongan kerana kelulusan akan diberi secara automatik berdasarkan data dalam KWSP. Anda hanya perlu memohon secara dalam talian melalui laman web https://isinar.kwsp.gov.my . Jika permohonan diluluskan, pembayaran akan bermula pada pertengahan Januari 2021.

Kategori 2

Untuk kategori 2 pula adalah mereka yang terdiri daripada pekerja yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas, termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020.

Bagi kategori ini, anda memerlukan dokumen sokongan iaitu penyata gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan serta notis pemberhentian ataupun notis pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa.

Jika anda tidak boleh kemukakan dokumen tersebut, jangan risau kerana anda boleh menyertakan dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan. Anda juga perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui laman web yang sama iaitu https://isinar.kwsp.gov.my/ mulai 11 Januari 2021.

Min Baru Register tadi dah berjaya tapi gambar awek tu min macam pernah nampak tapi kat mane yea…..

 

Untuk kategori ini, pihak KWSP akan memaklumkan status permohonan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran pula akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya sejurus kelulusan diberikan.

Sumber: astroawani

Apa Pendapat Anda? Cepat Jangan Terlambat pula daftar yea… Menyesal kan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*