Artis Viral

“Buka Ruang Fitn4h Lebih Besar Berbanding Kebaikan” Pendakwah Terkenal Kata H4r4m Mengenai Video Instafamous Urus Jenazah Sahabat

INSTAFAMOUS, Hafiz Mahamad terus menjadi bualan netizen dan terbaharu mengenai video beliau menguruskan jenazah sahabatnya yang meninggal dunia akibat strok.

Video yang dimuat naik di laman instagram milik Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad pada Rabu menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Menerui video yang dikongsikan itu, beliau dilihat menguruskan dan mengimamkan solat jenazah, memandu van jenazah dan menguruskan pengebumian sehingga memasukkan jenazah ke liang lahad.

Pendakwah terkenal dan juga Pensyarah Fiqh Semasa, Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, umat Islam perlu berhati-hati dalam mengingati mati, sambil menambah hal tersebut termasuk merakam jenazah dan menyebarkannya di laman sosial.

“Isu ini perlu diperhalusi hukumnya. Jika rakaman video atau gambar diambil untuk tujuan simpanan peribadi tanpa menyebarkannya kepada umum, maka hukumnya adalah makruh. Ini kerana golongan ulama khilaf dalam isu ini.

“Ada ulama yang mengharamkan dan ada yang mengharuskan. Bagi menghormati pandangan semua ulama, maka meninggalkan perbuatan merakam atau mengambil gambar jenazah untuk simpanan peribadi adalah lebih baik.

“Ia sekurang-sekurangnya akan mengurangkan fitnah kepada jenazah dan keluarganya jika video itu tersebar tanpa diduga,” katanya kepada mStar.

Hafiz Mahamad.

Mohd Izhar yang juga Felo Kanan Institut Islam Hadhari UKM berpendapat sekiranya video atau gambar yang diambil untuk tujuan sebaran umum di laman sosial sehingga boleh menimbulkan fitnah kepada keluarga si mati atau jenazah, maka hukumnya adalah haram.

“Ini kerana kemudaratan menyebarkan video atau gambar si mati akan membuka ruang fitnah yang lebih besar berbanding kebaikan.

“Apatah lagi jika penyebaran video tersebut tidak mendapat keizinan ahli keluarga si mati. Lebih membimbangkan, maksud sebenar penyebaran video itu mampu memberi pandangan negatif masyarakat.

“Maka, bagi menjaga kemuliaan jenazah dan kehormatan maruah keluarganya amat penting. Nabi SAW juga ada bersabda yang bermaksud: Hak setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya. Riwayat Muslim,” ujar beliau.

Hafiz (dua, kanan) sebak dengan pemergian sahabatnya.

Beliau berkata, perbuatan menyebarkan gambar atau video jenazah dan menyebarkan kepada awam hingga membawa kepada fitnah yang membabitkan semua pihak dalam pembikinan video tersebut, yang boleh mendedahkan aib si mati serta menyakiti hati keluarga waris atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan jenazah.

“Justeru, perbuatan menyebarkan gambar atau video jenazah perlu dihentikan kerana ia bercanggah dengan etika, moral dan akhlak Islam,” kata Mohd Izhar sambil menambah bahawa perbincangan mengenai isu hukum tersebut boleh dirujuk juga dalam Irsyad al-Fatwa Siri ke 519 dari Pejabat Mufti Wilayah persekutuan.

“Maksud sebenar penyebaran video itu mampu memberi pandangan negatif masyarakat.”

PROF MADYA DATUK DR MOHD IZHAR ARIFF MOHD KASHIM

Sementara itu, pendakwah bebas dan Pencetus Ummmah (PU) Amin berpandangan, adalah perlu menguar-uarkan kematian seseorang itu kepada umum.

“Ini supaya orang tahu perkara yang berkaitan dengan si mati. Hubungannya dengan kehidupan telah pun selesai dan seandainya ada perkara yang belum ditunaikan bolehlah merujuk kepada ahli keluarga si mati.

“Menguar-uarkan kematian juga memberikan banyak manfaat supaya orang lain boleh mendoakan si mati agar terus mendapat ketenangan dan kebaikan di alam roh,” katanya.

PU Amin turut memberi pandangan berhubung video yang tular.

PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim berkata, bagaimanapun, sama ada video atau gambar yang dirakam itu perlu mendapat keizinan daripada keluarga si mati dan sekiranya ia tidak mendedahkan keaiban atau membuka ruang-ruang fitnah kepada si mati khususnya.

“Mungkin cara dan gaya suntingan video itu nampak seolah-olah dia pergi melancong seperti yang dikatakan netizen, tapi bagi saya, ia memberikan satu gambaran positif agar kita melihat kematian itu dekat dengan kita.

“Selalu kita nampak instafamous, jutawan dan orang-orang kaya atau ahli perniagaan selalu ambil video mengenai kelalaian dan keseronokan, tapi kali ini Instafamous atau seorang yang dikenali ramai, Hafiz mengambil video tentang kematian yang mengingatkan hati kita tentang hari kematian dan nyawa kita yang akan diambil Tuhan.

“Cuma gaya penyampaian melalui video itu menimbulkan banyak perbalahan dalam kalangan masyarakat. Selagi garis panduan dijaga, maka tidak menjadi masalah untuk mengambil gambar dan video jenazah.

“Tapi perlu dijaga adab dan akhlak ketika kita mengambil rakaman bagi orang yang telah meninggal dunia. Kita juga boleh melihat dari sudut yang lebih baik, iaitu keakrabannya dia dengan sahabat itu membuatkan dia nak abadikan momen-momen terakhir dengan sahabat.

“Soal niat, tujuan untuk meraih populariti, like dan view, saya kira orang yang berakal matang dan beriman tidak akan melakukan perkara tersebut. Namun kalau ada niat di sebaliknya, Allah SWT yang mengetahui segala niat dan tujuan, kita (manusia) hanya melihat atau mentafsir sesuatu yang zahir sahaja,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *