Artis

Fendy Bakry Samakan Haqiem Rusli Dengan Ebit Lew “Sekurang-kurangnya kebaikan dia jadi contoh kepada semua”

PENJELASAN Haqiem Rusli ketika ditemu bual mStar berhubung video tular menunjukkan dia sedang menunaikan solat menerima reaksi netizen yang rata-ratanya memuji penyanyi itu namun ada juga segelintir mereka melihatnya secara negatif.

Menerusi ruang komen di Instagram mStar, pelakon Fendy Bakry berpendapat kebaikan yang dilakukan penyanyi lagu Lara itu sepatutnya dijadikan contoh yang baik kepada orang ramai.

Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri, 32, turut menjadikan Ebit Lew sebagai contoh memandangkan pendakwah tersebut juga gemar berkongsi kerja amal yang dilakukan di laman sosial.

Fendy menyuarakan pendapatnya di ruang komen di Instagram mStar.

“Dia belia remaja… punya pengikut yang ramai. Sekurang-kurangnya kebaikan dia jadi contoh pada semua. Dalam kesibukan, ingat pada kewajipan.

“Cuba kalau orang biasa yang upload macam ini rasanya berapa kerat saja orang akan tengok… faham? Tak faham lagi? Okey, kita ambil contoh lain… kenapa Ebit Lew buat kebaikan tapi post sana sini video fasal dia?

“Itu sebab dia nak ajak kita lakukan kebaikan tanpa berlapik dan tanpa tunggu kaya baru nak tolong. Kat situ juga dia nak tunjuk betapa ramai orang yang hidup dalam kesusahan,” kata Fendy.

“Itu sebab dia nak ajak kita lakukan kebaikan tanpa berlapik dan tanpa tunggu kaya baru nak tolong.”

FENDY BAKRY

PELAKON

Seorang jurugambar yang dikenali sebagai Aqo Imran berkongsi video Haqiem sedang menunaikan solat maghrib ketika menghadiri malam Anugerah MeleTOP Era yang berlangsung pada Ahad lalu menjadi tular di laman sosial.

Bagaimanapun, Haqiem ketika ditemu bual mStar pada Rabu menjelaskan dia tidak pernah meminta mana-mana individu merakam kebaikan yang dilakukan dan berkongsi sehingga menjadi tular.

Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2020 (ABPBH2020) ini turut menegaskan dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya menganggap menunaikan rukun Islam kedua itu adalah tanggungjawab insan beragama Islam.

Ebit Lew memberi bantuan kepada penulis lirik, Bob Lokman menarik perhatian netizen.

Dalam pada itu, Fendy menasihati netizen untuk mengikut kebaikan yang dilakukan Haqiem dan Ebit Lew tanpa perlu menilai mereka secara negatif.

“Dua individu ini menunjukkan kebaikan yang semua orang boleh buat tapi buat ke kita? Itu kena tanya kat diri sendiri. Apa yang tak ditunjukkan Haqiem dan Ebit Lew yang patut kita pun ikut iaitu kurangkan bercakap perkara yang tak benar dan menjaga penulisan sesama manusia.

“Adab itu ada baik daripada berjumpa mahupun tak berjumpa. Attitude ini bukan datang dari genetik keluarga tapi dari keadaan sekeliling… yang ubahnya siapa? Diri sendiri. Pesanan untuk diri sendiri juga moga menjaga adab dalam pergaulan,” ujarnya.

Sumber : MStar

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *