Luahan Sebak Pakcik Kerja Selenggara Tangan Terpaksa Dipotong Saat Dikunjungi Ustaz Ebit “Rasa Macam Ada Tangan Lagi”

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah meziarahi pekerja penyelenggaraan jalan yang dilang-gar dalam satu kejadian di Johor Bahru baru-baru ini.
Selesai menyampaikan ceramah di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Muar, beliau terus menuju ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk melawat insan tersebut.

Walaupun pertemuan itu ringkas, namun Ustaz Ebit tidak mampu menahan sebak ekoran insan itu sudah kehilangan tangan kanannya akibat dipotong.

“Pakcik ini menangis tadi. Katanya, terasa macam ada tangan lagi. Rasa macam nak gerakkan jari.”

“Pakar minta abang ni selalu usap tangan tu dan cakap tangan dah tiada. Allah ambil, InsyaAllah nanti di akhirat, semuanya sempurna,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Walaupun kudung, masih fikir tanggungjawabnya…

Lebih menyentuh hati apabila Ustaz Ebit mendakwa, insan tersebut masih terfikir soal tanggungjawab kepada keluarga meskipun fizikalnya kini sudah tidak sempurna.

“Pakcik ini tanya macam mana nak bawa kereta nak hantar isteri kerja. Isteri tak boleh bawa kereta. Biasa hari-hari ambil hantar isteri dan anak,” luahnya.

Di kesempatan itu, Ustaz Ebit mengajaknya untuk menadah tangan dan berdoa kepada Allah SWT bersama-sama, memohon kekuatan serta ketabahan daripada-Nya.

Tidak lupa juga, sumbangan sebagai ‘buah tangan’ turut dihulurkan Ustaz Ebit kepadanya.

“Masa beri sedikit sumbangan, abang ni menangis katanya kenapa banyak sangat ustaz.

“Ya Allah. Pakcik tadi doakan saya. Semoga Allah beri kekuatan pada abang, isteri dan anak-anak.

“Terima kasih PDRM. Terima kasih Polis Johor yang bersama-sama tadi dan jamu kami makan tengah hari. Terima kasih pegawai hospital dan semua kakitangan hospital yang bersama kami. Baik-baik orang Johor,” tambahnya.

Mengimbas kembali, individu berkenaan dilanggar lari oleh sebuah lori di Kilometer 28, Lebuhraya Pasir Gudang dalam satu kejadian pada Selasa kelmarin.

Kecederaan parah yang dialaminya mengakibatkan pihak perubatan terpaksa memotong tangan kanannya.

 

Sumber : FB Ustaz Ebit Lew

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Luahan Sebak Pakcik Kerja Selenggara Tangan Terpaksa Dipotong Saat Dikunjungi Ustaz Ebit “Rasa Macam Ada Tangan Lagi”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*