
Memetik laporan Utusan Malaysia mengatakan dua anak Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya bukan sahaja tiada pembelaan malah tr4uma sehingga mengalami m4salah psikologi kerana kerap diejek ekoran kemat1an bapa mereka.
Bekas isteri Allahyarham, Jamilah Ismail, 38, berkata, dia sedih mengenang nasib dua anaknya, Mohamad Remy Iskandar Mohd. Zahir, 9, dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 10, yang terabai.
” Inikah nasib anak pegawai yang mempunyai pangkat dalam tentera? Sejak arwh bapa mereka meninggI, kehidupan dua anak terabai dan langsung tiada bantuan diterima.”
Jamilah Ismail
” Satu Malaysia dimaklumkan pelbagai bantuan disalurkan atas nama balu Allahyrham dan anak-anaknya tetapi tapi anak-anak saya, satu sen pun tidak terima bantuan yang disumbangkan itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.
Susulan dari laporan tersebut, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad membuat kenyataan pada sidang media di Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Menara TH, Kuala Lumpur.
Datuk Dzulkarnain Ahmad menjelaskan bahawa bagaimana pembayaran dibuat kepada balu, Nour Shafinar Harun dan bekas isteri, Jamilah Ismail.
” Untuk bayaran kepada balu, kita bayar terus kepada balu.”
” Sementara bayaran kepada anak bekas isteri, kita bayarkan kepada akaun anaknya itu.”
” Untuk anak yang bersama dengan balu, di mana ada tiga orang anak, kita bayarkan ke akaun balu. Manakala anak Allahyrham dengan bekas isteri pula, kita bayar ke dalam akaun anaknya.”
Datuk Dzulkarnain.
Tidak perlu berjumpa AR Badul
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Arah Rekod dan Pencen, Mejar Jeneral Datuk Nazri Abu Bakar pula berkata, pembayaran dibuat berdasarkan peraturan dan tiada keperluan untuk bertemu AR Badul.
” Kita tidak perlukan apa-apa perbincangan ya.
” Kalau dia (AR Badul) maksudnya hadiah-hadiah daripada individu dan juga insurans, itu adalah hak dia (Allahyrham), itu adalah di luar bidang kuasa kita.
” Kita tidak ada apa-apa sebab kenapa perlu berbincang dengan saudara AR Badul kerana tanggungjawab ATM telah pun dilaksanakan.
” Sekiranya dia merujuk kepada cucunya di sebelah bekas isteri arwh berhubung hak-hak (pembahagian harta), semua kita sudah bayar daripada pihak ATM.
” Tapi kalau dia menuntut insurans dan juga hadiah-hadiah yang diterima, itu perlu dibincangkan mereka sesama keluarga. ATM tidak mempunyai kuasa untuk menentukan pembahagian tersebut.
” Sebenarnya peraturan yang kita buat ini adalah bagi dalam keadaan per4ng, maknanya kalau anggota m4ti ketika berp3rang, kita akan bagi bantuan tersebut dalam kadar segera. Kita jaga kebajikan anggota-anggota kita.” katanya.
Mohd. Zahir yang juga merupakan anak pelakon dan pengarah veteran, A.R. Badul, seorang anggota komando meninggI dnia ketika melakukan demonstrasi keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah.
Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan A.R. Badul menolak dkwaan mahu membolot harta anaknya dengan menjelaskan dia hanya mahu menuntut haknya sebagai bapa.
A.R. Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 71, berkata, buat masa ini dia tidak kisah jika ada pihak yang mengambil kesempatan mengec4m dirinya memandangkan dia hanya memikirkan keadaan cucu-cucunya.
Jamilah berkata, setakat ini, dua anaknya hanya menerima pencen arwh suaminya, bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM200 dan bantuan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sebanyak RM500 termasuk RM200 dalam bentuk baucar atas namanya sebagai ibu tunggal.
Duit insurans RM274 ribu, belum ada perkembangan berhubung urusan pembahagian
RM274,000, itu jumlah duit insurans yang didkwa dibayar syarikat insurans kepada Allahyrham Mejar Mohd. Zahir Armaya.
Sehubungan itu, bekas isteri Allahyrham, Jamilah Ismail, 38, mahu penjelasan daripada baIu Mohd. Zahir, Nour Shafinar Harun, 32, berhubung urusan pembahagian duit berkenaan kepada dua anaknya yang sehingga kini tiada perkembangan.
Jamilah berkata, dua anaknya lelakinya, Mohamad Remy Iskandar, 9, dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 10, layak menerima duit insurans berkenaan kerana mereka adalah anak arwh.
Katanya, dia dimaklumkan oleh syarikat insurans bahawa jumlah bayaran yang diterima oleh bekas suaminya adalah RM274,000 beserta khairat kem4tian RM6,000.
” Saya pernah bertanya dengannya (Nour Shafinar) tentang faraid insurans berkenaan, dia maklum akan berbincang dahulu tentang perkara itu.
” Saya tanya bila nak faraidkan duit itu, dia kata dia tunggu keputusan. Andai kata duit itu perlu difaraidkan maka dia akan faraidkan.
” Tapi kalau keputusan kata duit itu atas nama dia seorang, maka dia seorang yang mendapatnya, katanya.
” Itu yang dia beritahu menerusi Whatsapp. Selepas itu dia senyap dan terus mendiamkan diri, dan tak hubungi saya langsung,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Tambah Jamilah lagi, seharusnya dua anak lelakinya layak mendapat bahagian mereka berdasarkan hukum faraid.
Jamilah juga berkata pihak ATM sendiri tidak pernah datang melawat mereka bagi bertanyakan perkara tersebut.
Baru-baru ini, Nour Shafinar ketika menjelaskan keadaan dirinya yang dituduh menafikan hak bapa mentuanya, A.R. Badul dalam kes pembahagian harta berkata, Allahyrham suaminya tiada sebarang harta kerana sudah diisytihar mufIis.
Jelas Nour Shafinar, tentang pertikaian berkenaan insurans kelompok yang diterima, memang dia sudah menerimanya namun buat masa ini dia masih belum memberikannya kepada pihak bapa mentuanya lagi.
Jamilah berkata, dia berasa sangat terkilan kerana dua anaknya seperti dinafikan hak mereka oleh Nour Shafinar untuk menerima wang insurans berkenaan.
Dalam pada itu, dia menafikan bekas suaminya adalah seorang yang mufIis.
” Saya 10 tahun bersama Allahyrham, setahu saya arwh tidak mufIis, hanya disenarai hitam. Itupun saya difahamkan sudah selesai,” katanya.
sumber: asia kini
Leave a Reply