Didakwa Pengantin Lelaki Lari Masa Nikah, Sekali Keluarga ‘Pengantin’ Lelaki Pecah Lubang.. “Tertipu Kita Rupanya”

Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya memasang niat untuk menghalalkan perhubungan tersebut. Malahan, pelbagai persiapan harus dibuat sebelum tibanya hari bahagia itu.

Sebelum ini, kisah mengenai seorang pengantin lelaki tidak muncul semasa majlis akad nikah mendapat perhatian warganet. Momen-momen tersebut telah dirakam dan dimuat naik di aplikasi TikTok oleh pengantin perempuan. Apa yang menyedihkan, apabila segala persiapan yang rapi telah dibuat, namun perkahwinan tersebut tidak berlangsung seperti mana yang telah dirancangkan.

Komen Dari Pihak Pengantin Lelaki

Terbaru, menerusi ruangan komen keluarga kepada pengantin lelaki tampil menjelaskan perkara yang sebenar.

Dah 2 tahun kahwin


Kakak ipar kepada pengantin perempuan itu yang dikenali sebagai Emily Dzawir, menerusi komen menjelaskan perkara sebenar apa yang telah terjadi. Jelas wanita tersebut, video yang dimuat naik di aplikasi TikTok dipercayai, dilakukan demi content buat orang ramai. Tidak berakhir di situ, suami ‘pengantin’ wanita itu juga pernah, memfailkan penceraian kepadanya namun dihalang oleh keluarganya sendiri.

Jawapan Dari Pengantin Perempuan

Bila disoal mengapa berbuat sedemikian, dia (pengantin) mendakwa video tersebut dibuat demi meraih like, views, dan untuk marketing perniagaanya. Kini, kesemua video tersebut telah dipadam olehnya dan tidak dapat lagi dilihat bagi tontonan umum.

Demi content sanggup


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan wanita tersebut yang dikatakan ‘mengejar’ populariti. Tambahan pula, netizen turut mempersoalkan tindakannya yang seolah-olah tidak menjaga perasaan suaminya sendiri dan melakukan perkara yang tidak ‘normal’ demi meraih simpati orang ramai.

Terdahulu, Atiqah memuat naik beberapa video di TikTok menceritakan ketabahannya diuji apabila bakal suaminya tidak menghadirkan diri semasa majlis akad nikah mereka berdua.

Menerusi video TikTok yang berdurasi lebih 32 saat itu, memaparkan ketabahan wanita berhadapan dengan ujian yang sangat berat. Dalam video tersebut, menunjukkan segala persiapan sudah dibuat termasuk pelamin, hantaran, dan make up. Namun apa, yang menyedihkan, apabila bakal suami tidak hadir bagi upacara ijab dan kabul itu.

Dia bersama keluarganya terpaksa akur dengan apa yang terjadi dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Sedihnya!

Tak sempat naik dah kena cabut

Lagi menyedihkan apabila pelamin mahal yang ditempahnya tidak sempat digunakan untuk upacara bersanding namun telah dikemas dan dicabut. Tidak berakhir di situ, dia sempat memuat naik lagi satu video wajahnya yang cantik setelah disolek sebagai kenangan buatnya pada masa akan datang.

Video-video tersebut dihujani dengan ratusan komen yang mendoakan supaya dia berjumpa dengan jodoh yang lebih baik pada masa akan datang. Tidak berakhir di situ, warganet turut memuji wanita tersebut kerana masih kuat berdepan dengan ujian itu. Semoga awak terus kuat ya!

Fuh tertipu satu Malaysia ya!

Sumber: Facebook

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*