Viral Rakaman Video Beberapa Buah Motor Langgar Lampu Merah Depan Polis Trafic. Ini Alasan kenapa Polis Trafik Tak Kejar Mereka.

Sebuah rakaman video menunjukkan penunggang motosikal melanggar lampu isyarat di hadapan seorang anggota polis trafik tular di media sosial sejak semalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku di persimpangan jalan berhampiran Pasir Hor menuju ke Kubang Kerian di Kelantan, yang dirakam oleh dashcam sebuah kenderaan.

Dalam klip video pendek selama 30 saat itu, anggota polis trafik terbabit dilihat berhenti di persimpangan jalan sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Pada sama sekurang-kurangnya empat motosikal melepasinya ketika lampu isyarat masih berwarna merah.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman (JSPT) Azisman Alias ketika dihubungi Malaysiakini ​​berkata, pihaknya telah mengarahkan jabatan polis trafik negeri untuk menyiasat perkara itu.

Bagaimanapun Ketua Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik Kelantan, Zamri Mohd Rawi menjelaskan beberapa penunggang motosikal berkenaan sebenarnya adalah sekumpulan anggota polis berpakaian biasa yang mengejar suspek mencuri motosikal dalam kejadian pada 22 Dis lalu.

Anggota trafik yang dikenali sebagai Che Sidek Omar Mat Hassan secara kebetulan berada di persimpangan jalan itu setelah selesai tugas mengawal lalulintas.

“Tidak diambil tindakan oleh anggota yang berkaitan kerana mengecam salah seorang dari kumpulan yang merupakan rakan setugas dalam PDRM.

“Mereka adalah anggota Polis Balai Polis Kota Bharu dalam tugasan rondaan cegah jenayah dan berusaha mengejar satu motosikal yang melarikan diri kerana mencuri motosikal berkaitan laporan di Kota Bharu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Polis juga berjaya menangkap suspek.

Terdahulu, Zamri memberitahu Malaysiakini adalah berisiko bagi anggota trafik berkenaan mengejar pesalah jalan raya dalam keadaan lampu isyarat masih berwarna merah.

“Tak dapat nak kejar tu, membahayakan anggota trafik yang sedang berhenti jika anggota berkenaan juga langgar isyarat lampu merah dan mengejar pesalah berkenaan, melainkan kita bersedia semasa operasi,” katanya kepada Malaysiakini.

Dia juga menegaskan bahawa pihak polis masih boleh mencatatkan nombor plat motosikal pesalah terbabit dan mengeluarkan saman terhadap mereka.

“Tindakan susulan boleh diambil kemudian,” katanya sambil menambah dia masih belum mendapatkan maklumat mengenai insiden itu.

Sumber : Malaysia KINI

Be the first to comment on "Viral Rakaman Video Beberapa Buah Motor Langgar Lampu Merah Depan Polis Trafic. Ini Alasan kenapa Polis Trafik Tak Kejar Mereka."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*