Fasha Sandha Pula Tampil Jelaskan Selepas Anak Beliau Pun Kena Dengan Netizen Sebab Pakai Baju Santa

Beberapa hari ni, kec0h isu selebriti tempatan dike.cam hanya kerana menggayakan baju Santa Claus sempena sambutan perayaan Hari Natal lepas.

Rata-rata netizen tidak senang melihat artis tempatan yang beragama Islam berbuat demikian.

Tidak berdiam diri, Fasha Sandha yang turut dike.cam tampil bersuara dengan posting sementara di instagramnya berbunyi.

 

Jangan nilai orang bab pemakaian boleh tak? Lilahi, depan mata saya, Ada juga perempuan yang menutup aurat sepenuhnya , belajar tinggi ke universiti tapi peng0tor, pemalas, tinggal solat dan selalu melawan cakap orang tua.

Ada yang luaran nya nampak s0sial, belajar spm je tapi pembersih, utamakan solat, mengutamakan keluarga dan menghargai orang lain.

Jadi kenapa nak nilai dari LUARAN, Hello, cukup2 la nak cari kesalahan orang lain… yang berjubah bersongkok pun tidak semestinya baik kan? Pokok pangkalnya hati.

Eh, dah tak ada kerja gamaknya, anak ku Aisha Amaira yang baru 4 bulan pun nak k.ecam sbb pakai costume ni. Get a life pls.

Tak habis2 nak kecamm, orang melamar secara terbuka pun korang sibuk nak kecamm, orang sweet2 buat video youtube pun korang kecamm?cakap bab2 agama semua… tak suka, unfollow sudah,tak habis2 nak kecamm artis?.

Takde keja gamaknya, eh tak suka, tak payahlah tengok, banyak lagi benda lain yang lebih utama untuk difikirkan daripada nak cari kesa.lahan orang lain.

Cuba tengok diri sendiri punya silapp. Saya pun tak sempurna. (mood rajin nak menulis) Will delete soon.

Ada benar juga apa yang diperkatakan Fasha. Mungkin niat sesetengah kita hanya mahu meraikan perayaan yang pelbagai di Malaysia, tidak lebih dari itu.

Sebelum itu kecoh bila Awal muat naik gambar dengan pokok krismas.

Awal Ashaari jawab isu sambut Krismas. Rupanya ada sebab

TINDAKAN pengacara Awal Ashaari memuat naik foto ketika menghadiri sambutan hari Krismas seorang kenalan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen di Instagram.

Tampil menjelaskan situasi sebenar, Awal berkata, foto dia bersama isteri Scha Alyahya dan anak mereka Lara Alana itu dirakam semasa mengunjungi kediaman seorang sahabat baik bagi menghormati jemputan tuan rumah.

“Ramai orang cuba untuk dapatkan jawapan saya mengenai foto sambutan Krismas yang tular sekarang. Jawapan saya mudah, Lara belajar di sekolah antarabangsa dan ramai kawan baiknya bukan Muslim, mereka sambut Krismas.

“Sebagai kawan, apabila ada sambutan mesti kita akan dijemput dan kita ingin menziarah, tuan rumah beri dress code, kita ikut untuk hormati permintaan mereka.

“Sama macam Hari Raya Aidilfitri, kawan-kawan Cina, India dan Kristian akan datang beraya di rumah kita memakai baju Melayu, baju kebaya dan ada juga pakai jubah. Mereka juga akan menjamu selera dengan makan ketupat rendang yang mak kita masak sampai tak tidur malam tu,” katanya.

Awal jelaskan mengenai foto sambutan hari krismas yang dimuat naik di Instagram.

Pengacara program Melodi ini menulis penjelasannya itu menerusi Instastory pada Isnin.

Sebelum ini, ada segelintir netizen beranggapan tindakan Awal meraikan perayaan disambut oleh penganut agama lain sebagai tidak wajar dan bertentangan dengan akidah.

Orang Kristian pun hormat agama kita, mereka selalunya beli makanan kat restoran yang halal jadi kita rasa selesa, dia orang tak minum pun depan kita sebab hormat!

Meskipun berbeza agama dan pegangan, Awal berkata mereka masih menghormati keluarganya yang beragama Islam dengan menyediakan juadah halal.

Merujuk kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri, Awal memberitahu dia turut mengundang kenalan daripada pelbagai bangsa mengunjungi kediamannya bagi meraikan kedatangan 1 Syawal itu.

Awal sekeluarga sentiasa berfesyen mengikut kesesuaian ketika menghadiri jemputan.

“Orang Kristian pun hormat agama kita, mereka selalunya beli makanan kat restoran yang halal jadi kita rasa selesa, dia orang tak minum pun depan kita sebab hormat.

“Bila nak bergambar, mereka akan cari spot yang cantik contohnya kat dinding yang kita dok gantung kad raya, gantung ketupat plastik dan gantung lampu kelip-kelip yang kita beli di Jalan Tunku Abdul Rahman.

“Mereka post di Instagram untuk wish dan cakap terima kasih sebab jemput, apabila mereka pulang, mereka masih lagi dalam agama asal mereka, Buddha, Hindu atau pun Kristian. Mereka tak automatik jadi Islam. Cuba terbalikkan situasi itu dan anda akan dapat jawapannya,” ujarnya.

“Public Figure Malaya, Sila P4dam Gambar Kalian Memakai Topi Santa” – PU Syed

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menegur segelintir masyarakat terutama golongan selebriti mengenai hukum memakai pakaian Santa.

Tegasnya menerusi Instagram, hukum berbuat demikian adalah haram dan boleh mendatangkan fitnah kepada diri, keluarga dan agama.

“Tidak ada keperluan memakai topi Santa Claus atau apa saja perhiasan berkaitan Hari Krismas termasuk meletak pokok Krismas kerana ia seakan-akan menunjukkan pengiktirafan terhadap perayaan tersebut,” tulisnya.

Dalam masa sama, PU Syed turut menyebut nama pelakon Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum ini memuat naik gambar di IG masing-masing dengan memakai topi Santa.

Di penghujung hantarannya, PU Syed meminta mereka memadam gambar yang memakai topi Santa.

untuk publik figure malaya

@awalashaari @schaalyahya
@syedsaddiq

Dan semua umat Islam yg faham bahasa Melayu!
Hukum memakai pakaian santa adalah H4RAM

Inilah yg para Ulama telah hukumkan

Maka jangan datangkan fitnah kpd diri, keluarga dan agama dgn membuat sesuatu yg bidaah dholalah itu

Semoga dpt dipadam gambar² kalian dgn memakain topi santa itu

PU Syed

Kredit : KoolFM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Fasha Sandha Pula Tampil Jelaskan Selepas Anak Beliau Pun Kena Dengan Netizen Sebab Pakai Baju Santa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*