
Putrajaya: Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusannya bagi usaha terakhir seorang ‘Datuk’ dan dua anggota polis supaya mereka dibebaskan segera daripada dit4han mengikut Akta Pencegahan J3nayah (POCA) 1959 berkaitan sindiket perjvdian dalam talian.
Keputusan Rayuan Ditangguh
Panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menangguhkan penghakiman terhadap rayuan Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai ‘Datuk Addy Kana’, Koperal Muhamad Amin Nur Rashid Mohamed Puad dan Koperal Mohd Hairy Mohammad, masing-masing berusia 34 dan 39 tahun selepas mendengar hujah pihak-pihak terbabit.
“Kami tangguh keputusan k3s ini,” kata Tengku Maimun yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Zaleha Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Rhodzariah Bujang.
Prosiding dijalankan secara dalam talian dengan lima hakim itu dan beberapa pegawai mahkamah berada di mahkamah manakala peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili ketiga-tiga perayu itu serta Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti bagi pihak empat responden iaitu pegawai penyiasat Asisten Superintendan Khairul Fairoz Rodzuan, seorang Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia, di lokasi lain, menggunakan aplikasi zoom.
Zaidi, Muhamad Amin dan Mohd Hairy merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan habeas corpus mereka supaya dibebaskan serta-merta.
Dalam permohonan itu, mereka meminta mahkamah mengeluarkan perintah bahawa pen4ngk4pan dan pen4han4n mereka pada 11 Oktober lalu mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Jvdi Terbuka 1953 adalah tidak sah, tidak mempunyai asas, tidak mematuhi prosedur dan berniat j4hat.
Dibebaskan Kerana Tuduhan Tidak Berasas & Berniat J4hat
Mereka juga memohon perintah bahawa perintah r3man bertarikh 14 Oktober 2020 oleh seorang majistret di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan polis untuk men4han r3man ketiga-tiganya selama 21 hari mulai 14 Oktober hingga 3 November lalu di bawah Seksyen 4(1)(a) POCA adalah tidak sah, tidak mempunyai asas dan berniat j4hat.
Pada 30 Oktober lalu, Majistret M.Mageswary membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan tempoh tah4nan r3man mereka selama 38 lagi iaitu sehingga 6 Disember.
Ketiga-tiga mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2 November kemudiannya memfailkan rayuan pada hari yang sama dan memandangkan permohonan mereka adalah untuk habeas corpus, rayuan itu terus ke Mahkamah Persekutuan.
Menurut polis, ketiga-tiga mereka dan seorang lelaki Goh Leong Yeong atau Alvin Goh kini dit4han di bawah POCA selama dua tahun di Pusat Pemulihan Khas (PPK) Simpang Renggam, Johor, PPK Pokok Sena di Kedah dan PPK Bentong, Pahang.
Perintah terhadap mereka dikeluarkan pada 25 dan 26 November sebelum semua mereka dihadapkan kepada Lembaga Pencegahan J3nayah dan Keg4nasan (Kementerian Dalam Negeri) untuk tindakan selanjutnya.
Semasa berhujah, Sri Ram antara lain menyatakan bahawa penah4nan ketiga-tiga mereka adalah mala fide (dengan niat j4hat) untuk menyekat maklumat mengenai pegawai polis yang r4svah.
Beliau berkata, Seksyen 4 (1) (a) POCA tidak berperlembagaan kerana melanggar doktrin pengasingan kuasa.
Muhammad berhujah bahawa tidak ada merit dalam isu mala fide yang dikemukakan ketiga-tiga perayu yang memerlukan campur tangan Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
“Ini kerana perayu yang dit4han adalah svsp3k dan bukan saksi material,” katanya.
Sumber : HMetro
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply