Seluruh Selangor, KL dan Putrajaya zon merah Covid-19, daerah Klang catat kes tertinggi

PETALING JAYA: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di isytiharkan sebagai zon merah Covid-19.

Daerah Klang mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi di Selangor dengan 3,476 kes, diikuti daerah Petaling, 1,415 kes.

Menurut Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, beberapa daerah lain di Selangor turut mencatatkan kes yang tinggi, seperti Hulu Langat dengan 1,225 kes, Gombak (978), Kuala Selangor (380), Kuala Langat (304), Sepang (297), Hulu Selangor (61) dan Sabak Bernam (58).

Turut mencatatkan kawasan zon merah adalah empat mukim di Kuala Lumpur iaitu Lembah Pantai 2,467 kes, Titiwangsa 747, Kepong 591, dan Cheras dengan 574 kes positif Covid-19.

Putrajaya turut dikategorikan sebagai zon merah, dengan 49 kes positif Covid-19 direkodkan sehingga semalam.

Melaka turut mencatatkan satu zon jingga iaitu di Melaka Tengah dengan 22 kes sementara dua lagi daerah dikategorikan sebagai zon merah iaitu Jasin dengan 255 kes manakala Alor Gajah dengan 108 kes.

Pulau Pinang juga mencatatkan tiga zon merah dengan kes tertinggi di daerah Timur Laut (291 kes), Barat Daya 177, dan Seberang Perai Selatan dengan 42 kes.

Perak juga mencatatkan tiga zon merah iaitu Hilir Perak dengan 377 kes, Kinta 89 kes dan daerah Larut Matang Selama dengan 53 kes.

Empat negeri iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing mencatatkan satu zon merah.

Daerah Seremban mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi dengan 871 kes, diikuti Kota Bharu dengan 99 kes, daerah Bentong dengan 95 kes, dan daerah Kota Setar dengan 54 kes.

Sabah turut merekodkan bilangan kes yang tinggi, dengan 11 daerah dikategorikan sebagai zon merah dan dua zon hijau yang tidak mempunyai sebarang kes.

Jumlah keseluruhan kes di negeri itu adalah 3,243 dengan 675 di Kota Kinabalu, Lahad Datu (468 kes), Penampang (410 kes), Tawau (379 kes), Sandakan (324 kes), Tuaran (230 kes), Papar (137 kes), Putatan (131 kes), Ranau (113 kes), Kota Belud (69 kes), dan Semporna (49 kes).

Dua zon hijau di Sabah adalah Tambunan dan Nabawan dengan sifar kes positif Covid-19.

Sumber : FMT

Be the first to comment on "Seluruh Selangor, KL dan Putrajaya zon merah Covid-19, daerah Klang catat kes tertinggi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*