Erra Fazira Selamat Diijabkabulkan Oleh Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuat naik beberapa keping gambar pengantin yang dikenali sebagai Erra Fazira diijabkabulkan hari ini.

Bagaimanapun menerusi perkongsian di laman Facebooknya, wanita berkenaan bukanlah figura ternama tanah air.

“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu,” tulisnya.

Menurutnya, majlis akad nikah wanita tersebut dan suaminya berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) pagi tadi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Majlis akad nikah wanita tersebut dan suaminya berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) pagi tadi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Beliau turut menitipkan doa buat mempelai tersebut.

“Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi.

“Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” katanya.

Sumber : FB Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*