Rangkaian Data Angkatan Tentera Malaysia Telah Dig0dam Semalam

Kuala Lumpur: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan berlaku s3rangan siber terhadap rangkaian data miliknya semalam.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, insiden itu dikesan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM.

Gambar Hiasan

Bagaimanapun, beliau berkata, s3rangan itu hanya membabitkan segmen tertentu yang diletakkan di luar rangkaian sejak awal lagi, dan tidak menjejaskan operasi portal sebenar.

“Sebaik s3rangan bermula, BSEP dan CDOC melaksanakan pengasingan trafik data bagi tujuan mengaburkan lokasi sebenar data-data berdarjah, seterusnya melindungi rangkaian yang menjadi sasaran penggodam.

“ATM juga menyedari wujudnya cubaan s3rangan siber yang berterusan terhadap rangkaian maklumat yang dimiliki oleh pihak Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan ATM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Affendi menegaskan aspek keselamatan siber ATM sentiasa bersiap sedia bagi memastikan segala anc4man yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan, dapat dikesan awal seterusnya ditangani sebaiknya.

“ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa, terutama melalui peranan BSEP dan CDOC, yang bukan hanya memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM, malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara,” katanya.

Semalam, portal web ATM dipercayai digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, dengan mempamerkan gambar tidak senonoh di portal terbabit kira-kira 12 tengah hari.

Sumber : HarianMetro

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*