semasa Viral

MBSJ Runtuhkan Gerai “Gugurnya Air Mata Ibu Tunggal Selepas Putus Punca Pendapatan”

Seorang ibu tunggal hilang punca pendapatan selepas gerainya yang menjual ayam segar sejak tujuh tahun lalu dirobohkan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Puchong Permai, Selangor pada Isnin.

Sebelum gerainya dirobohkan, pendapatan Norseha Che Ros sudah pun terjejas teruk selepas perintah kawalan pergerakan dilaksanakan untuk mengekang penularan wabak Covid-19 menyebabkan ramai pelanggannya tidak lagi keluar membeli.

Ibu tunggal berusia 53 tahun itu berkata, sebelum pandemik beliau mampu menjual lebih kurang 100 ekor ayam setiap hari tetapi selepas PKP dilaksanakan, paling banyak hanya 20 ekor terjual.

“Ada masa tertentu ayam saya hanya mampu terjual lima ekor sahaja dan saya terpaksa telefon kilang ayam itu balik dan merayu untuk mereka ambil semula ayam-ayam tersebut sebab saya tidak mampu untuk bawa pulang,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Mujurlah disebabkan hubungan saya dengan tauke kilang itu baik jadi mereka sudi untuk ambil balik ayam yang saya hendak jual tapi tidak laku.”

Isnin lepas MBSJ bertindak merobohkan 43 gerai “peniaga haram” yang didirikan di sepanjang jalan di Puchong Permai dan dikatakan sudah diberi notis beberapa kali sebelum ini.

Menurut Norseha, semenjak Covid-19 melanda pendapatan diperolehnya sekitar RM15 hingga RM20 sehari untuk hidup dan menampung kos pembelajaran anak-anaknya tetapi kini selepas gerainya dirobohkan, beliau terpaksa merayu ehsan daripada wakil rakyat.

Menceritakan pengalamannya sebagai peniaga, Norseha berkata setiap hari ditemani anaknya berusia 16 tahun keluar rumah seawal 4 pagi untuk mendapatkan bekalan ayam segar dari kilang berdekatan kawasan perumahannya.

“Saya dan anak akan berjalan kaki lebih kurang 1km daripada rumah untuk mendapatkan 20 ekor ayam bersih daripada kilang proses ayam dekat sini.

“Disebabkan harga pasaran ayam tidak menentu, jadi modal saya lebih kurang RM300 setiap hari dan untung hanya RM15 hingga RM20 sahaja,” katanya kepada.

Ketika dihubungi Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang Siti Mariah Mahmud mengatakan gerai ganti sudah disediakan MBSJ di Dataran Prima iaitu kira-kira 500 meter dari gerai asal.

“Saya sendiri sudah beberapa kali turun padang berjumpa dengan peniaga bagi membincangkan apa jalan penyelesaian yang terbaik kerana jalan itu hendak dilebarkan dan dinaik taraf selain daripada menerima banyak aduan daripada penduduk sekitar dengan keadaannya yang kotor.

“Mereka meminta yang disediakan gerai ganti, saya dah minta datuk bandar menyediakannya dan apabila pembinaannya selesai peniaga ini masih tidak mahu berpindah dan mohon untuk ditangguhkan lagi.

COVID-19: Kepadatan penduduk faktor Selangor rekod kes tertinggi | Nasional | Berita Harian

“Sudah beberapa kali ia ditangguhkan malah operasi perobohan gerai yang dilakukan MBSJ pada Isnin sudah dimaklumkan terlebih dahulu sebelum ini,” kata Siti Mariah yang juga exco kesihatan, kebajikan, pemberdayaan wanita dan keluarga Selangor kepada MalaysiaNow.

Menurut Siti Mariah, meskipun masih ada peniaga yang tidak berpuas hati dengan perpindahan ke tempat baru, pihaknya bersedia untuk berbincang.

Seorang lagi peniaga Ramli Hashim berkata, mereka tidak bermaksud menghalang pembangunan yang dirancang MBSJ tetapi ia dilaksanakan tidak kena pada waktunya.

“Kami akur nak roboh tapi bertimbang rasalah di waktu Covid macam ini tindakan meroboh dilakukan. Bagilah tempat yang sesuai sebagai tapak baru untuk meniaga yang kita boleh masak dan buka meja. Tapi semua ini tidak boleh dibuat.

“Kami terima pembangunan tapi jangan jejaskan pendapatan penduduk,” katanya yang mewarisi perniagaan daripada bapanya sejak 1998 kepada MalaysiaNow.

Sumber Ma;aysiaNow

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *