Muhammad Sajjad Kalah K3s Mahkamah Dikehendaki Bayar RM200k Ganti Rugi Kepada Stokis Bengkung

Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman,35, telah diperintahkan mahkamah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada bekas stokis syarikatnya, OWA Resources.

Difahamkan, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengeluarkan arahan tersebut pada hari Rabu lalu apabila Sajat telah disabitkan kesalahan melanggar kontrak perniagaan.

Menurut pengasas OWA Resources iaitu Nurwati Hussin, dia berpuas hati dengan keputusan yang dibuat mahkamah kerana ianya dapat sedikit sebanyak telah memulihkan imej, jenama serta reputasi syarikatnya.

Tambahnya lagi, sudah lama syarikatnya berjuang di mahkamah untuk mendapatkan keadilan sewajarnya dan keputusan yang dibuat pada hari Rabu lalu telah mengakhiri krisis perundangan, ekonomi dan reputasi syarikat mereka.

Manakala bagi peguam yang mewakili plaintif, Nurul Hafidzah Hassan berkata dia bersyukur dengan kejayaan dalam menuntut ganti rugi tersebut kerana syarikat tersebut memiliki reputasi yang baik dalam industri dan kes mahkamah yang berlangsung sebelum ini sedikit sebanyak telah memburukkan nama OWA Resources seolah-olah menggambarkan mereka seperti penj3nay4h.

Info kes, syarikat OWA Resources telah memfailkan saman terhadap syarikat Sajat iaitu Nur Sajat Aesthetic Sdn. Bhd. kerana kegagalan pengusaha kosmetik itu untuk membekalkan produk bengkung dan ‘girdle’ yang sudah ditempah dan dibayar oleh stokis.

Sumber : MStar online

Apa Pendapat Anda?

Be the first to comment on "Muhammad Sajjad Kalah K3s Mahkamah Dikehendaki Bayar RM200k Ganti Rugi Kepada Stokis Bengkung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*