Artis Viral

Ustaz Ebit Lew ni manusia atau adakah dia jelmaan malaikat?

Seb4k dan terharu dengan pengorbanan Frontliner negara. Ramai petugas minta saya ziarah beri kata semangat dan doa. Terus saya ziarah ke Maeps. Belanja 1, 200 kotak KFC untuk frontliner di Maeps untuk 1, 200 petugas semuanya.

Sayu dengar katil jer 10 ribu disediakan untuk pesakit. Mereka diambil dari banyak hospital. Jadi mesti jauh ulang alik. Terima kasih Dr,Nurse, MA….besar pengorbanan mereka. Habis setahun 2020. Masuk 2021 Kerja mereka makin bertambah.

Sed1h dan kasihan pasti mereka teramat penat. Kerana Allah dan sifat tanggungjawab mereka terus berjuang. Mereka cari rezeki halal macam kita. Tetapi mereka berkorban hari-hari penuh kawalan dengan pakai PPE.l 0

Panas sangat. Duduk dalam kawad duri lagi. Makan tak sempat. Ke tandas tak sempurna. 24 jam oncall. Selalu kena bertugas luar. Dipindahkan. Solat terkejar-kejar. Terasa seperti dunia lain. Petugas wanita macam adik kakak kita sendiri. Lelaki macam abang adik kita sendiri. Mereka keluarga kita yang sentiasa ada bila kita sak1t dan sudi jaga kita masa kita sak1t.

Ya Allah kami tak dapat balas jasa Frontliner negara kami. Balasilah mereka dengan kasih sayangMu, beri keberkatan,rezeki ,kesihatan dan kekuatan buat semua petugas negara kami. Marilah kita bantu mudahkan dan selalu berdoa buat mereka dengan rasa sayang.

 

Kredit Ebit Liew

Apa Pendapat Anda?

Semoga UEL dirahmati dan dibawah lindunganNYA…

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *