(Video) Keadaan Beberapa Kawasan Di Terengganu Selepas Dilanda Kejadian Ombak Besar Semalam

Tular kejadian ombak besar yang berlaku di sekitar pantai Kuala Terengganu sebentar tadi. Beberapa video yang dikongsikan oleh penduduk sekitar menyaksikan jalan raya yang berada dipersisiran pantai dinaiki air dan lumpur. Kejadian ini juga telah disahkan oleh Balai Polis Kuala Terengganu.

Keadaan semasa di Terengganu, 31 Dec 2020. Moga Allah lindungi dan berikan kebaikan pada kita semua sempena tahun baru yang bakal menjelang…


Lokasi: Laluan pesisir Pantai seberang takir , Terengganu.

Hati-hati kepada kawan yang berada di kuala Terengganu. Jarang berlaku keadaan angin & ombak kuat macam ni..

Amaran Cuaca Buruk Dijangka Landa 2 Buah Negeri, Terengganu Antara Terlibat Amaran Cuaca Waspada Hingga 2 Januari

Jabatan Meteorologi Malaysia pada awal pagi tadi telah mengeluarkan amaran cuaca buruk yang melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Kenyataan yang dikeluarkan pada jam 2 pagi tadi juga memaklumkan 4 buah negeri yang berada dalam situasi amaran cuaca waspada.

Bagi amaran cuaca buruk yang dijangka akan berlaku hujan lebat secara berterusan, negeri yang terlibat ialah Pahang meliputi kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin. Segamat dan Mersing pula antara dua kawasan yang dijangka terlibat di Johor.

Bagi amaran cuaca waspada pula, antara negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang(Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera), Johor (Kluang dan Kota Tinggi).

Orang ramai yang berada di kawasan dijangka terlibat dinasihati untuk lebih berhati-hati

Sumber : Meteorologi Malaysia

Sumber : FB

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "(Video) Keadaan Beberapa Kawasan Di Terengganu Selepas Dilanda Kejadian Ombak Besar Semalam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*