Semakan i-Sinar KWSP Kategori 1 Boleh Dibuat Sekarang. Sedih Min Tak Layak Tapi Masih Berharap

Sedih Min tak dapat

Nie Min Tunjuk Cara caranya secara ringkas

Login ke https://isinar.kwsp.gov.my/

Pilih Semak Status Permohonan kepada sesiapa yang dah register sahaja yea. Selepas itu masukkan nombor kad pengenalan dan juga number telefon yang telah didaftar kemudian tick saya bukan robot.

Nie jawapan yang Min Dapat dari awek yang amat familiar. Huhuhuhuh

Walaupun tak berjaya tetapi dia ada bagi harapan lagi umtuk min cuba plak pada 13 January…. ok min  baru nak putus asa tadi.

 

 

Atau pun bleh baca kat bawah ni juga cara2 membuat penyemakan.

Anda boleh menyemak kelulusan status i-Sinar sama ada melalui i-Akaun atau melalui Portal rasmi i-Sinar KWSP.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan i-Sinar KWSP Kategori 1 bermula 4 Januari 12.00 tengah malam ini.

Cara Semakan i-Sinar Kategori 1 :

Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my
Layari Laman web https://isinar.kwsp.gov.my
Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
Isikan maklumat yang diminta
Status kelulusan akan dipaparkan

semakan i-sinar

Cara Semakan Status iSinar Melalui i-Akaun
Bagi anda yang dah install i-Akaun di telefon bimbit, bolehlah check terus melalui apps tersebut.

Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member

Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan

Semak bahagian PERMOHONAN PENGELUARAN / Inbox

Status permohonan iSinar akan dipaparkan.

cara daftar i akaun kwspBaca juga: Cara Daftar i-Akaun KWSP Online, Semak Penyata & Mohon Pengeluaran

semakan-pembayaran-i-sinar-kategori-1″>Semakan Pembayaran i-Sinar Kategori 1

Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula 11 Januari 2021.

Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000.

Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda. (Minimum RM1,000 sebulan, tertakluk kepada baki bayaran bulan terakhir dengan amaun bayaran minimum RM50)

Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.

Jumlah pengeluaran KWSP Akaun 1 ini akan dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.

Contoh pembayaran bulan pertama berdasarkan pengeluaran maksimum:

BAKI AKAUN 1                                  AMAUN PENGELUARAN MAKSIMUM                      PEMBAYARAN BULAN PERTAMA
RM4,500                                               RM4,400                                          RM4,400
RM10,000                                              RM9,900                                       RM5,000
RM70,000                                              RM10,000                                         RM5,000
RM100,000                                             RM10,000                                         RM5,000

Syarat Kelayakan i-Sinar Kategori 1
Seperti yang dimaklumkan, permohonan i-Sinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.

Anda masih boleh membuat permohonan bagi Kategori 1 jika memenuhi syarat berikut:

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:

Anda sudah lama tidak mencarum
Anda seorang suri rumah
Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
Anda hilang pekerjaan
Anda diberi cuti tanpa gaji
Anda hilang sumber pendapatan

Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:

Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU

Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.

Permohonan i-Sinar Kategori 2 Akan Dibuka 11 Januari 2020

Bagi anda yang tergolong dalam Kategori 2 pula, permohonan boleh dibuat bermula 11 Januari 2021.

Syarat Kelayakan bagi permohonan i-Sinar Kategori 2 adalah seperti berikut:

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN

Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Baca selanjutnya: i-Sinar KWSP: 2 Kategori Yang Layak, Cara Permohonan & Tarikh Bayaran
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.

Untuk sebarang urusan di kaunter KWSP, sila buat janji temu terlebih dahulu: Cara Buat Janji Temu KWSP Online Untuk Urusan Di Kaunter

Sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

Sumber :isinar

Be the first to comment on "Semakan i-Sinar KWSP Kategori 1 Boleh Dibuat Sekarang. Sedih Min Tak Layak Tapi Masih Berharap"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*