Tragedi Triso: Kenalan Kongsi Pengalaman Mandikan j3nazah Ibu Mualaf, 2 Anak Sekolah Tahfiz “Kekal Berniqab Ketika Ditemui”

TAHUN baharu 2021 bermula dengan tragedi yang menyayat hati apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar di pangkalan feri Triso, kira-kira 120 kilometer dari Kuching, Sarawak pada Jumaat.

Dalam kejadian petang Jumaat, kesemua sembilan m4ngsa iaitu lima lelaki dan empat perempuan meninggal dunia dalam insiden itu.

Daripada sembilan m4ngsa yang terkorban, ia turut melibatkan seorang ibu, Siti Aishah Abdullah, 36 tahun, dan lima anaknya, Nor Shuhada Mohamad Hamzah, 16, Khairunnisa Mohd Hamzah, 14, Mohd Aiman Mohd Hamzah 7, Muhd Mustaqim Mohd Hamzah 5 dan anak bongsunya, Mohd Ahmad Mohd Hamzah yang berusia empat bulan.

Menerusi satu perkongsian oleh seorang individu yang menghadiri pengebumian jenazah enam beranak itu, pemergian tersebut benar-benar mengejutkannya.

N4has yang meng0rbankan sembilan sekeluarga. -foto Facebook

“Mereka telah kembali ke rahmatullah semalam pada 1 Januari 2021 pada hari mulia iaitu hari Jumaat. Plan tanpa dirancang.

“Alhamdulillah Allah pilih untuk hadir dan sempat untuk memandikan jenazah Kak Aishah dan dua anak hafizahnya,” tulis seorang pengguna Facebook bernama Asma Dollah.

Ketika kejadian, Siti Aishah dilaporkan dalam perjalanan untuk menghantar dua anak perempuannya itu kembali ke sekolah tahfiz di Kuching.

Asma yang berkhidmat di sebuah madrasah di Kuching berkata, cuaca hujan sewaktu jenazah melalui b3dah siasat, yang digambarkannya seperti menangisi pemergian itu.

“Dengan kuasa Allah, jenazah tidak diusik sedikit pun, cuma diperiksa sedikit sahaja. Semua dipermudahkan,” katanya yang mengenali rapat Allahyarham Siti Aishah.

Solat jenazah sebelum dikebumikan. -foto Facebook

Menjelaskan bahawa Siti Aishah juga merupakan mualaf, Asma menyifatkan Allahyarham mempunyai keperibadian yang tinggi.

“Dia seorang yang sangat baik dan tinggi ikramnya bersama orang tua. Seorang yang sangat disenangi kanak-kanak… kerana pandai melayan golongan itu.

“Walaupun mualaf, beliau sangat rajin belajar mengaji dan hal-hal agama. Alhamdulillah dia kekal memakai niqab sehinggalah dijumpai jenazahnya masih menutup aurat yang sempurna waktu dikeluarkan dari kereta yang jatuh ke dalam sungai.

“Walaupun mualaf, beliau sangat rajin belajar mengaji dan hal-hal agama”

ASMA DOLLAH

“Waktu memandikan tadi wajahnya berseri-seri dan seolah-olah tidur tersenyum-senyum. Beliau sebenarnya dalam perjalanan menghantar anaknya kembali ke sebuah madrasah tahfiz di Kuching.

“Seorang lapan juzuk dan seorang lagi lima juzuk. MasyaAllah jenazah anaknya pun berseri dan tersenyum juga,” katanya.

Jenazah enam beranak dikebumikan dalam satu liang lahad. -foto Facebook

Menurut Asma, Siti Aishah mempunyai tujuh anak dan lima daripadanya bersamanya dijemput Ilahi selepas terbabit dalam tragedi itu.

“Allah lebih sayang mereka daripada kita… kita tak tahu bila lagi kita akan hidup dan bagaimana keadaan kematian kita. Sudah sediakah kita?

“(Semoga) tujuan nukilan panjang lebar menjadi iktibar buat kita semua. Dunia sementara, akhirat kekal abadi. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Kak Aishah dan anak-anaknya,” katanya.

Jenazah Siti Aishah dan lima anaknya selamat dikebumikan.

Jenazah Siti Aishah dan lima anaknya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu di Sri Aman, lewat petang Sabtu.

Tragedi kenderaan pacuan empat roda meragut nyawa sembilan sekeluarga selepas terjunam ke dalam sungai di pangkalan feri Triso, Maludam, petang Jumaat, dipercayai berpunca daripada pemandunya hilang kawalan semasa menunggu feri.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Bingkok John berkata, keadaan itu menyebabkan pacuan empat roda terbabit terbabas sebelum tergelongsor dari tanjakan lalu terhumban ke Sungai Batang Lupar.

 

Sumber : MStra

Apa Pendapat Anda? Kita doakan Semoga semua arwah ditempat  di dalam golongan orang yang beriman..

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Tragedi Triso: Kenalan Kongsi Pengalaman Mandikan j3nazah Ibu Mualaf, 2 Anak Sekolah Tahfiz “Kekal Berniqab Ketika Ditemui”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*