Kereta Milik Rajihan Sudah Ditemui Tetapi Dia Belum Diketemui

KLUANG – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang hanyut bersama-sama kereta dipandunya ketika meredah banjir di Jalan Kluang-Kahang di sini pada Sabtu hanya menemukan keretanya pada petang Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penolong Penguasa Bomba Akob Sedek berkata, pemandu kereta Proton Waja, Md Rajihan Junaidi, 28, masih hilang sehingga kini.

“Pihak bomba bertindak membuat operasi SAR dengan menggunakan teknik ‘Surface Searching’ di sekitar lokasi mangsa dipercayai hilang dengan kedalaman parit lebih kurang 15 kaki dan jarak pencarian 100 meter.

“Kita menggunakan peralatan khas iaitu ‘gripping iron’ besi bermagnet untuk mengesan lokasi kereta mangsa sebelum berjaya dikesan dan dinaikkan ke darat pada jam 6.10 petang oleh polis Kahang.

“Mangsa bagaimanapun didapati tiada dalam kereta tersebut. Pihak polis Kahang menunda kereta tersebut ke Balai Polis Kahang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam kejadian berhampiran Batu 17 kira-kira jam 8 malam pada Sabtu, Md Rajihan bersama-sama isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 24, menaiki kereta melalui jalan tersebut yang dinaiki air.

Semasa mengharungi air banjir, isterinya sempat turun dari kereta untuk menyelamatkan diri, manakala suaminya hanyut bersama keretanya.

Sementara itu, Akob berkata, kereta berkenaan terjunam ke dalam parit di tepi jalan tersebut dan mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras.

Katanya, operasi SAR tidak dapat dilakukan berikutan lokasi tidak dapat dimasuki sebarang kenderaan kerana paras air banjir tinggi serta arus deras.

Menurutnya, seramai 12 anggota dari BBP Kluang dengan sebuah utiliti jenis Toyota Hilux, sebuah lori, satu bot aluminium dan satu bot fiber terlibat dalam SAR itu yang disambung semula jam 10.30 pagi.

Katanya, operasi SAR ditangguhkan pada jam 6.30 petang.

Video Masa Kejadian

Cerita Dari Saksi Dari Tempat Kejadian

Semalam sedikit story ni share kat korang semua

2hb january 2021

jep dr mersing setelah selesai uruskn urusan mak mertua , jep ngn wife betolak pulang ke tangkak dlm keadaan hujan x berhenti.. selepas asar.. tiba jer di kawasan kahang byk sngt spot2 air yg di naiki air..

ade sebuah kereta waja saing2 dgn jep dan beberapa kereta lain berhenti tepi melihat keadaan air.. spot pertama lepas itu pun air nmpk tenang tp deras di dasar..

kemudian jmpe spot banjir kedua, org kg kahang nasihat jep utk tidak teruskn perjalanan.. jep akur n pth balik , singgh 7e kahang beli sedikit makanan untuk anak2 n isteri.. waktu maghrib ketika ni..

selepas selesai semua urusan tu jep buat keputusan untuk teruskn perjalanan.. org kg dh xde kt tmpt yg suruh jep u turn tu.. dlm hty ingt dh boleh lalu lah dh surut.. jep pun jln lh..

sampai spot banjir ketiga.. kereta depan berhenti lebih kurang 5 buah kereta, jep turun n tnye kereta depan skali boleh lalu atau x.. die bgtau ade 2 biji lori dh sebuah kereta waja.. yg saing2 jep td lalu spot tu.. tapi malangnye waja tu dihanyutkn air.. cerita bermula dari sini..

sedang berbual dgn org tu td dengar suara perempuan menjerit meminta bantuan.. jep redah banjir tu jln kaki (isteri n ank tunggu dlm kereta) sampai hampir cecah pinggang air mmg nmpk tenang tp deras kt kaki.. cr suara tu.. allahuakbar‼️ ade sorang wanita sedang berpegang pada pagar kebun sayur.. meminta bntuan untuk slmtkn suaminya.. waktu hmpir pukul 8 waktu tu..

suaminya mmg x kelihatan.. jep beranggapn suaminye masih dlm kereta dihanyutkn air.. jep stay di situ(dlm bnjir paras pnggang tu) utk tenangkn mangsa.. sambil minta die sabar bantuan sedang tiba.. org awam yg lain berada di tas masing tel2 bomba, polis semua.. tp apakan daya .. semua jln dinaiki air.. bantuan x dpt sampai… sambil menemani mangsa untuk kuatkn semngt die ..mangsa bgtau die mengandung.. ya allah.. dh x tentu arah.. cal abg ipar di mersing Apis Apis( brother towing) minta die cal kwn rapat di kahang untuk menghulurkn bantuan.. sy masih disitu risau mangsa hilang semngt..

alhamdullilah dlm pkl 10, bantuan org kg pun tiba bawa pelampung.. dengan bantuan org awm yg berada disitu.. mangsa dpt diselamtkan tpi suami mangsa masih belum ditemui..

selesai disitu sy bawa mangsa ke balai untuk buat laporan.. kebetulan saiz badan mangsa sama ngan wife.. so wife bg lh baju die untuk persalinan..

dijadikan cerita.. perjalanan ke balai

air dh naik rupanya.. jln tadi yg x de air dh ade air, deras pulak tu.. sedang harung air boleh pulak kereta depan mati, allahuakbar,sy dlm kereta besama wife n ank kecil hanya mampu berserah dgn allah.. kereta hampir mati dh air dh masuk dlm kereta, air sudah paras lampu kereta.. deras sngt.. sebelah kanan kami sungai besar.. mmg sngt mendebarkn masa ni,..alhamdullilah kami lepas.. bersyukur teramat sngt masa tu..

lalu terus ke balai untuk bantu mangsa td.. selesai dibalai, ada org kg yg menawarkn bantuan untuk mangsa, bg tmpt tinggal sbb mangsa nk tunggu hingga suami dijumpai, selesai hntr mangsa kerumah guru besar sek kahang, sy ambil keputusan untuk pulang ke mersing semula.. sbb sy ada baby dlm kereta 5 bulan, agk kurang selesa di sna.. alhamdullilah sy selamat sampai di rumah mertua pukul 3 pagi..

disini sy ingin meminta bantuan semua warga fb mendoakn agar suami mangsa dijumpai ya, dipermudahkan urusan,

disini juga sy menasihatkn diri sendiri dan semua yg berada di kawasan banjir supaya berhati2, bermcm pengalaman sy dpt semalam..

air setitik boleh hilangkan haus,
air sedalam lautan boleh hilangkan nyawa,
berhati2 ya semua

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Kereta Milik Rajihan Sudah Ditemui Tetapi Dia Belum Diketemui"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*