Nga Kor Ming Bakal S4man PDRM Sebab Cabut Perhiasan K0munis Di Restoran Cina

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyifatkan tindakan pihak berkuasa menanggalkan gambar Pengerusi Parti K0munis China Moa Tze Tong dalam sebuah restoran di Pulau Pinang sebagai salah dan satu kezaliman.

Kor Ming yang merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata, tindakan pihak berwajib juga disifatkan sebagai tidak wajar kerana gambar tersebut hanyalah sebagai hiasan bagi mempromosi restoran tersebut.

Katanya, pada abad ke-21 ini rakyat dapat membezakan antara gimik pemasaran dan ideologi k0munis.

“Adalah salah dan tidak wajar bagi pemerintah pintu belakang PN untuk membuang hiasan promosi restoran yang nakal hanya kerana mereka memasang gambar Pengerusi Mao.

“Ini adalah hak asasi kita sebagai rakyat Malaysia, tidak kira Melayu, Cina atau India. Kita mungkin akan s4man PDRM atas kezaliman ini,” ciap Kor Ming di Twitternya.

Semalam, tular gambar hiasan dalam sebuah restoran yang memaparkan elemen k0munisme dan pemimpin k0munis dalam media sosial.

Hiasan berlebihan seolah-olah mengagungkan pemimpin luar dan berfahaman k0munis menimbulkan pertikaian warganet.

Selain hiasan didinding cawan dan peralatan dalam restoran itu turut mempamerkan karikatur berunsurkan wajah pemimpin k0munis di dua premis restoran tersebut.

Artikel Berkaitan : Serah Kepada Polis Isu Premis Pamer Karikatur Pemimpin Komunis Tapi MCA Kata Tindakan Polis Terlalu Keras

Polis sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik sebuah restoran yang menghias dua premisnya masing-masing di Auto City dan Pulau Tikus dengan kertas dinding memaparkan elemen k0munisme dan pemimpin k0munis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais, berkata siasatan dijalankan setelah polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung perkara itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan h4ram.

Kes terbabit juga disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menerbit atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Arikel Berkaitan

GEORGETOWN: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan pemilik sebuah restoran di sini menghiasi gambar semasa era revolusi kebudayaan China serta wajah pemimpin K0munis, Mao Tze Tong pada dinding premisnya petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat awam berhubung gambar poster terbabit pada dinding dua buah restoran makanan milik lelaki tempatan berusia 41 tahun tersebut.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati restoran yang diselia lelaki terbabit beroperasi di daerah Pulau Tikus di Timur Laut dan Auto City di Juru, Seberang Perai Tengah.

“Kita akan mengambil keterangan daripada pengusaha premis tersebut yang kini sedang menjalani kuarantin Covid-19 selama 14 hari.
“Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 44 Akta Pertubuhan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini.

Petang tadi, restoran itu yang menjadikan karya lukisan semasa era revolusi kebudayaan China menjadi tular di dalam laman sosial WhatsApp dan Facebook sekali gus mendapat kecaman netizen. – Utusan



Sumber: https://cin-ca.blogspot.com/

Sumber : malaysiapolitik.com

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*