Serah Kepada Polis Isu Premis Pamer Karikatur Pemimpin Komunis Tapi MCA Kata Tindakan Polis Terlalu Keras

GEORGETOWN- Kerajaan Pulau Pinang menyerahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya berhubung isu dua premis restoran yang mempamerkan karikatur berunsurkan wajah pemimpin komunis di negeri ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, isu tersebut sudah menjadi kes polis dan ia terpulang kepada pihak berkuasa untuk tindakan seterusnya selepas mengambil kira keterangan yang diberikan pemilik premis.

Menurutnya, pihaknya berharap isu tersebut tidak dipanjangkan kerana polis sudah mengambil tindakan ke atas premis berkenaan.

“Pihak polis telah ambil tindakan selain pengusaha juga sudah beri keterangan (bahawa ia gimik publisiti premis tersebut). Oleh itu, saya rasa terserah kepada polis untuk menimbang penjelasan pengusaha kafe berkenaan.

“Sama ada polis akan ambil tindakan susulan atau hanya menasihati (pengusaha) kerana menganggap ia bukan satu kesalahan. Mungkin sekadar teguran terhadap publisiti yang mungkin menimbulkan isu dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita di Pusat KAWAN, Lebuh Klang, di sini pada Isnin.

Artkel Berkaitan : Nga Kor Ming Bakal S4man PDRM Sebab Cabut Perhiasan K0munis Di Restoran Cina

Tambahnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya boleh mengawal berkenaan papan iklan di luar premis dan tidak mempunyai kuasa untuk memeriksa hiasan di dalam sesebuah premis di negeri ini.

Sebelum ini, restoran yang menjadikan karya lukisan semasa era revolusi kebudayaan China menjadi tular di dalam laman sosial WhatsApp dan Facebook sekali gus mendapat kecaman netizen.

Tidak lama kemudian tersebar video anggota polis yang mengambil tindakan dengan membuka poster dan hiasan dinding pada salah satu restoran berkenaan dipercayai di Juru.

Susulan itu, polis telah menyerbu dan merampas pelbagai gambar dan cawan yang mempamerkan karikatur berunsurkan wajah pemimpin komunis di dua premis restoran tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner, Rahimi Ra’ais berkata, siasatan awal mendapati restoran di Juru dan di Pulau Tikus di sini adalah kepunyaan pemilik yang sama iaitu seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.

Menurutnya, polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan pemilik sebuah restoran di sini menghiasi gambar pemimpin era revolusi kebudayaan China serta wajah pemimpin Komunis, Mao Tze Tong pada dinding premisnya.

 

Artikel Berkaitan 

Karikatur komunis: MCA Sifatkan Tindakan Polis Terlalu Keras

SHAH ALAM – Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng menyifatkan tindakan polis menyerbu serta merampas pelbagai gambar dan cawan yang mempamerkan karikatur berunsurkan wajah pemimpin komunis pada dua premis restoran di Georgetown, Pulau Pinang adalah terlalu keras.

Menurutnya, beliau berpandangan kertas dinding dengan gambar pemimpin era revolusi kebudayaan China serta wajah pemimpin Komunis, Mao Tze Tong itu hanyalah sekadar digunakan sebagai hiasan.

“Saya menasihatkan pihak berkuasa agar tidak terlalu agresif dan menangani perkara itu dengan cara yang lebih mesra.

“”Pada masa sama, saya juga berharap agar netizen tidak menjadikan perkara ini sebagai isu perkauman untuk mengelakkan merosakkan keharmonian antara kaum dan juga hubungan persahabatan antara Malaysia dan China,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Ahad.

Terdahulu, sebuah restoran yang menjadikan karya lukisan semasa era revolusi kebudayaan China menjadi tular di laman sosial WhatsApp dan Facebook, sekali gus mendapat kecaman netizen.

Susulan itu, polis mengesahkan pihaknya telah membuat serbuan dan rampasan terhadap dua premis restoran tersebut pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, siasatan awal mendapati restoran di Juru dan di Pulau Tikus di sini adalah kepunyaan pemilik yang sama iaitu seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun.

Menurutnya, polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan pemilik restoran itu yang menghiasi gambar pemimpin era revolusi kebudayaan China serta wajah pemimpin Komunis, Mao Tze Tong pada dinding premisnya.

Sementara itu, Teik Cheng dalam kenyataan yang sama turut menyamakan kertas hias dinding karikatur Mao di restoran tersebut dengan senario di mana orang Malaysia memasang gambar Tunku Abdul Rahman ketika membuka restoran di luar negara.

Beliau yang juga Pengerusi biro MCA mengenai hubungan China berkata, tindakan pemilik restoran tersebut tidak seharusnya dianggap sebagai agenda untuk mempromosikan ideologi tertentu.

Katanya, tindakan pihak berkuasa yang terlalu sensitif dalam berhadapan dengan isu berkenaan dikhuatiri berpotensi untuk merosakkan hubungan baik antara Malaysia dan China yang boleh dilihat melalui aspek ekonomi dan perdagangan ketika ini.

“Dari tahun 2013 hingga separuh pertama tahun 2020, China telah melabur sejumlah RM9.1 bilion di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

“China juga memainkan peranan aktif dalam membantu Malaysia memerangi wabak Covid-19,” katanya.

Sumber : SinarHarian

 

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*