Bahana Forex CEO Pun Boleh Tertipv RM 1Juta Ini Kita Yang Biasa-Biasa

MELAKA – Gara-gara tertarik dengan pelaburan saham yang memberi pulangan lumayan, seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat mendakwa kerugian RM1 juta selepas melabur dalam sebuah syarikat yang menawarkan skim tukaran mata wang asing (forex) sejak 2018.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, m4ngsa seorang lelaki berusia 53 tahun itu telah membuat transaksi bayaran modal pelaburan sebanyak tujuh kali secara berperingkat dalam tempoh kira-kira tiga tahun.

Beliau berkata, m4ngsa bagaimanapun hanya menerima pulangan sebanyak RM50,000 secara berperingkat sebelum suspek bertindak menghilangkan diri.

Scammer

“Suspek yang berusia 44 tahun itu adalah pemilik sebuah syarikat mengajar orang ramai melabur saham sebelum m4ngsa tertarik menyertai pelaburan forex selepas berjumpa dengannya.

“M4ngsa menyedari dirinya ditipu ekoran pulangan yang diterima tidak seperti modal yang dilaburkan dan telah membuat laporan di Balai Polis Malim pada 31 Disember lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Berdasarkan maklumat yang diterima, Sundra Rajan berkata sepasukan polis dari Unit Risikan dan Operasi JSJK IPK Melaka berjaya menahan suspek di sebuah premis di Seremban, semalam dan merampas pelbagai dokumen berkaitan pelaburan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata seorang kerani kerugian RM92,450 gara-gara ingin mendapatkan pinjaman berjumlah RM30,000 menerusi laman sesawang yang memaparkan iklan pinjaman wang pada 30 Dis lepas.

Menurutnya, m4ngsa seorang wanita berusia 30-an itu telah membuat 16 transaksi bayaran secara berperingkat ke lapan akaun berbeza dalam tempoh dua hari bermula 30 Disember.

“M4ngsa menyedari ditipu setelah bayaran yang dikehendaki suspek dijelaskan namun pinjaman wang yang dijanjikan tidak diterima,” katanya.

Beliau berkata m4ngsa telah membuat laporan di Balai Polis Malim kelmarin dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Saluran Untuk Penyemakan

Katanya orang ramai dinasihatkan membuat pinjaman melalui institusi kewangan berlesen dan menyemak nombor telefon atau nombor akaun yang meragukan di laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau dengan memuat turun aplikasi ‘Check Scammer CCID’ di Google Play Store. – Bernama

Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Bahana Forex CEO Pun Boleh Tertipv RM 1Juta Ini Kita Yang Biasa-Biasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*