
TINDAKAN kurang bijak seorang wanita yang dipercayai membuang bungkusan plastik di sebuah jambatan di Kelantan bakal membawa padah.
Rakaman video berdurasi 20 saat itu sempat dirakam orang ramai kini mula viral apabila dikongsi oleh pengguna laman sosial Facebook dan mendapat pelbagai respon daripada orang ramai. (Sila Lihat Video Dibawah)
Melalui rakaman tersebut kelihatan sebuat kereta Perodua Bezza berhenti di tepi jambatan sebelum seorang wanita membuang bungkusan plastik ke dalam sungai dengan melontarnya melalui tingkap kenderaan itu.
Tindakan wanita itu dikecam pengguna media sosial yang mengkritik perbuatannya sebagai tiada kesedaran sivik sehingga sanggup membuang sampah secara terbuka ke dalam sungai.
Ternyata tindakan itu juga tidak beradab dan contoh yang kurang baik untuk ditonton oleh generasi muda terutama kanak-kanak.
Ada juga yang berpendapat, tindakan seperti itulah yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai sekali gus dikaitkan dengan bencana banjir yang sering kali membawa bersama sampah sarap dan plastik.
Kemarahan warganet makin memuncak sehingga ada dalam kalangan mereka berkongsi alamat pemilik kenderaan tersebut termasuklah mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat.
JPJ Pandang Serius
Memandang serius isu tersebut, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan melalui satu kenyataan menegaskan pengguna jalan raya yang didapati membuang sampah dari kenderaan boleh didenda hingga RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan.
Pihak JPJ Kelantan juga telah mengeluarkan notis temu siasat kepada pemilik sebuah kenderaan yang berhubung tindakan seorang wanita melontar sampah keluar dari kenderaan tersebut yang dipercayai berlaku di Kelantan.
Perbuatan itu menyalahi Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan pelaku boleh diambil tindakan menurut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurut jabatan itu lagi, pelaku yang mengulangi kesalahan sama akan berdepan hukuman denda hingga RM4,000 atau penjara tidak lebih dua bulan, atau kedua-duanya.
Alasan Buang ‘SAKA’
Namun, difahamkan wanita itu juga cuba tampil membuat permohonan maaf atas perbuatannya melalui laman Facebook yang dikenali sebagai Kelantan Daily.
Menurut admin laman Facebook tersebut, wanita itu mendakwa terpaksa berbuat demikian kerana diminta oleh perawat tradisional supaya membuang barang yang didakwa ‘saka’ ke dalam sungai atau air yang mengalir.
Dia juga menjelaskan bahawa dia baru balik dari Kuala Krai bagi mendapatkan rawatan tradisional untuk merawat penyakit misteri yang dialami.
Artikel Yang Viral Sebelum JPJ Buat Kerja
KEBERSIHAN adalah suatu yang dicintai ALLAH. Ini dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. ALLAH itu bersih, Dia menyukai kebersihan. ALLAH itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. ALLAH itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi.” (Riwayat al-Tirmizi)
Orang tua-tua pernah berkata bahawa jika hendak tahu sama ada seseorang itu pembersih atau tidak, tengoklah tandas di rumahnya. Ada benarnya kata-kata tersebut.Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang dilalui, orang yang pembersih akan menjaga kebersihan di mana sahaja. Dia pasti tidak selesa dengan suasana yang kotor. Jika dia cintakan kebersihan, dia bukan sahaja akan menjaga kebersihan di rumahnya sahaja, malah di mana-mana tempat sekalipun dia akan pastikan kebersihan dijaga.
Dalam menjaga kebersihan itu, janganlah kita buang sampah merata-rata. Perbuatan ini juga melambangkan peribadi seseorang itu. Seperti mana yang berlaku dalam video yang tular baru-baru ini, sempat dirakamkan perbuatan wanita ini yang dengan tanpa rasa bersalah membuang sampah keluar dari kereta. Kejadian berlaku ketika jalan tengah sesak, kereta itu ketepi bahu jalan dan wanita dalam kereta itu keluarkan badannya dari tingkap lalu campakkan beg plastik dipercayai sampah.
Video
Orang ramai yang menonton video ini luahkan rasa tidak puas hati terhadap wanita terbabit, masing-masing kecewa dengan sikap segelintir manusia yang tanpa rasa bersalah sanggup buang sampah merata-rata tempat. Harap-harap perbuatan ini tidak dicontohi oleh orang ramai.Jadilah rakyat Malaysia yang pembersih dan mengambil tanggungjawab untuk sama-sama menjaga kebersihan biarpun ada pihak yang sudah diberi tanggungjawab khas terhadap tugas pembersihan.
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply