
KUALA LUMPUR – Pihak polis dan bomba mengambil masa lebih satu jam untuk memujuk seorang lelaki yang dilihat cuba terjun dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada Selasa.
VIDEO KEJADIAN
Lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai dalam keadaan tertekan itu dilihat berdiri di atas kerusi di ruang balkoni rumahnya.
Perlakuan lelaki itu disedari oleh jirannya yang bertindak menghubungi pihak berkuasa.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12 tengah hari.
Menurut kenyataan itu, tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Wangsa Maju diketuai Komander Operasi Kanan, M Letchumanan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi mendapati mangsa berada di balkoni. Anggota operasi bersama pihak polis bertindak memujuk mangsa.
“Pada jam 1.30 petang, mangsa berjaya dipujuk dengan bantuan unit high rise rescue team (HRRT),” katanya.
Katanya, kes kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sumber : mforum
Apa Pendapat Anda?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply